Followers

Pilihan Anda!

Saturday, September 19, 2015

Showroom Kereta Baru di Taman Bukit Indah Johor - Lumina Auto City - Ford

Tahniah kepada pemilik showroom Auto Lumin Sdn Bhd. kerana mempunyai Showroom yang terbesar di kalangan showroom yang mereka ada. Terus maju nampaknya..

Berikut adalah beberapa foto yang kami cari di internet yang merangkumi saat-saat pembinaan sehinggalah siap sepenuhnya.


































Sumber:
https://www.facebook.com/Ford-Showroom-Taman-Bukit-Indah-538640616290552/timeline/?notif_t=page_fan


Komuniti Blogger JB
 www.johor.blogspot.com

Tuesday, September 01, 2015

INFO: Home Direct Shopping Sdn Bhd (1110325-V)

Berikut adalah sebahagian maklumat dari Internet

Best Products adalah syarikat pertama di Malaysia yang menyediakan satu perkhidmatan pesanan mel eksklusif, 
yang menawarkan pelbagai produk runcit. Dipasarkan melalui pelbagai katalog, pemilihan produk-produk yang berkualiti, 
unik, rekabentuk bergaya, praktikal dan berpatutan, kini tersedia untuk pasaran Malaysia.
 Pelanggan Best Products merupakan mereka yang menginginkan barang-barang ini, 
tetapi berkesuntukan masa untuk membeli-belah - jadi kami berada di sini untuk memenuhi keperluan itu.

Sejak diperkenalkan, Best Products telah mendapat sambutan yang sangat positif daripada 
orang ramai - pelbagai tempahan diterima sejak pelancarannya di negara ini. Demi menghargai 
semangat kesetiaan pelanggan, Best Products merancangkan beberapa program promosi khas 
dan pertandingan untuk memastikan setiap pelanggan setia kami menjadi Pemenang dan 
meraih hadiah-hadiah yang lumayan – Usaha ini akan diteruskan untuk memastikan setiap
 pelanggan setia Best Products diberi peluang keemasan ini.

Dengan bangganya Home Direct Shopping Malaysia telah
menganjurkan Majlis Penyampaian Hadiah untuk pertama kalinya pada malam 30 Jun 2015.






PEMENANG HADIAH UTAMA 

RM 150,000

Rayhaan Dharmavilasan Bin Abdullah 
Rawang, Selangor










PEMENANG HADIAH KEDUA 

RM 30,000

Mohd Said Bin Naem 
Kuala Lumpu

PEMENANG HADIAH KETIGA 
RM 3,999

Hashim Bin Zakaria 
Negeri Sembilan
Malam Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan hebat daripada duta Best Products Malaysia, 
Ramlah Ram dan Nassier Wahab yang merupakan penyanyi dan pelakon terkenal di Malaysia. 
Tepukan gemuruh memenuhi ruang dewan apabila acara Penyampaian Hadiah disampaikan 
oleh Muhammad Hafiz bin Othman, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Best Products 
kepada para-para pemenang.

www.bestproducts.my/

http://www.sinarharian.com.my/bisnes/kempen-best-products-tawar-hadiah-menarik-1.406757

Kempen Best Products tawar hadiah menarik

http://azliadlan.blogspot.com/2015/07/promosi-melalui-katalog-efektif.html

Komuniti Blogger JB www.johor.blogspot.com

Sunday, August 09, 2015

Mengapa perlu BERSIH 4.0

Foto Bersih 4.0 ini terdiri daripada pemuda mana? 
Apakah tindakan mereka kali ini?
Apakah perjuangan mereka?

Harap berfikir dahulu...

Wednesday, June 10, 2015

Tragedi Gempa Gunung Kinabalu



KOTA BELUD: Disaat mereka berpeluang untuk kembali hidup bersama dalam sebuah keluarga yang sempurna, tragedi gempa Gunung Kinabalu pada Jumaat lalu telah meragut impian itu.
Robbi Sapinggi, 31, terpisah dengan isterinya Reena Joshi, 32, selama beberapa bulan selepas perkahwinan mereka pada September lalu kerana wanita itu terpaksa pulang ke England.
Reena yang merupakan pelajar perubatan berkata, dia pertama kali berkenalan dengan Robbi pada tujuh tahun lalu ketika bercuti di Sabah.
Dia dan bapanya kemudian diberikan seorang pemandu pelancong untuk membawa mereka naik ke Gunung Kinabalu.
"Kami memutuskan untuk meneruskan hubungan beberapa tahun kemudian membuat keputusan untuk berkahwin pada September di Sabah," katanya kepada The Star.
Reena berkata, disebabkan amalan agama berbeza, mereka mengambil keputusan untuk berkahwin di rumah Robbi.
Katanya, kemudian dia terpaksa pulang ke England bagi menyelesaikan beberapa urusan keluarga akhir tahun lalu.
Dia juga tidak berkesempatan kembali ke Sabah untuk melahirkan anak pertama mereka yang kini sudah berusia enam bulan.
"Oleh kerana kesihatan bayi kami, saya terpaksa tinggal di England untuk tempoh masa sebelum kembali pulih sepenuhnya.
"Saya kini tinggal di Cornwall tetapi saya bergerak di seluruh negara kerana belajar dan bekerja," katanya.
Reena berkata, dia kembali ke Sabah dengan tujuan untuk tinggal dalam jangka masa panjang.
Rancangan tersebut musnah apabila tragedi gempa yang berlaku pada Jumaat lalu apabila Robbi meninggal dunia dalam usaha menyelamatkan nyawa pendaki lain.
Apabila ditanya tentang pengorbanan yang dilakukan lelaki itu, Reena berkata, ia merupakan salah satu sifatnya.
"Dia mempunyai sifat yang sangat baik dan penyayang. Dia suka melakukan apa sahaja kerja untuk orang lain. Dia selalu meletakkan kepentingan orang lain lebih daripada dirinya sendiri," ujarnya.
Sepanjang pengebumian, Reena kelihatan tenang dan menahan air matanya keluar.
Bagaimanapun, ketika orang ramai menurunkan keranda suaminya, dia mula tidak mampu menyimpan perasaan sedih tersebut.
Syarikat tempat Robbi bekerja, Amazing Borneo membuka tabung kemanusiaan kepadannya dan dalam tempoh 24 jam, mereka berjaya mengumpul hampir RM100,000.

KUALA LUMPUR – Sabah mungkin berdepan dengan risiko gempa bumi lebih besar selepas menerima sebanyak 54 gegaran susulan dalam tempoh tiga hari selepas berlaku gempa bumi terkuat di Malaysia berukuran 5.9 pada skala Richter yang berpusat di Ranau, Sabah pada Jumaat lalu.

Pakar geologi, Prof. Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, gegaran susulan yang terlalu banyak itu dianggap luar biasa dan kemungkinan gempa bumi yang lebih kuat akan berlaku tidak boleh diketepikan.
“Sesuatu kawasan yang dilanda gempa tidak menerima gegaran susulan yang terlalu banyak dan lazimnya gegaran susulan yang berlaku tidak melebihi 10 kali seperti yang berlaku baru-baru ini di Landa Kathmandu, Nepal.
“Bagaimanapun, jika gegaran susulan lemah, maka risiko berlakunya gempa bumi lebih rendah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
via Kosmo!

Komuniti Blogger JB www.johor.blogspot.com

Thursday, January 08, 2015

PENGALAMAN BERMAIN CLASH OF CLANS SECARA MULTIPLAYER ONLINE

Pernahkah anda bermain secara online yang dikongsi bersama seluruh dunia? Ia memang seronok  namun perlukan sikap berapa - pada. . Jika anda mahu cuba. . Join lah kami ye..

JB Search

Custom Search

JB World

JOHOR KINI

JOHOR KINI
Johor Kini

Johor Bahru Map

Marilah Blog!

Dunia Kini

free counters