AWAS 153 Projek Perumahan Tidak Sah
Banyak betul tunjuk perasaan, mogok, himpunan kebelakangan ini, kaya orang jual kain, cat, banner, banting etc. lol.. Kesian depa…pemaju tipu…
KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mendedahkan, terdapat sekurang-kurangnya 153 projek perumahan tidak sah dibangunkan di Selangor sejak Januari tahun ini.
Ketua Setiausaha KPKT, Datuk Ahmad Kabit berkata, projek perumahan yang bakal membebankan pembeli itu adalah antara 195 projek perumahan haram yang dikesan unit penguatkuasaan kementerian itu di seluruh negara sejak Januari lalu.
“Projek tersebut dijalankan tanpa lesen melaksana pembangunan perumahan dan lesen permit iklan serta jualan oleh KPKT.
“Pemaju terlibat akan dikenakan tindakan mengikut Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 dan jika sabit kesalahan boleh didenda minimum RM250,000 dan penjara,” katanya pada Seminar Perumahan Kebangsaan anjuran KPKT, Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) dan Persatuan Kebangsaan Pembeli Rumah (HBA) di sini semalam.
credit: Kosmo!
Komuniti Blogger JB www.johor.blogspot.com