10.00am
SEPANG: Malaysia Airlines mengesahkan penerbangan MH370 yang berlepas dari Kuala Lumpur terputus hubungan dengan menara kawalan udara Subang, 2.40 pagi ini.
Pesawat B777-200 itu berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam tadi untuk penerbangan ke Beijing.
Ia dijadualkan mendarat pada jam 6.30 pagi tadi.
Pesawat itu membawa 227 penumpang termasuk 2 bayi dan 12 anak kapal.
Malaysia Airlines kini bekerjasama dengan pihak berkuasa dan pasukan mencari dan menyelamat sedang mencari pesawat ini.
Orang ramai boleh menghubungi +603 7884 1234 untuk mendapat maklumat lanjut.
http://www.hmetro.com.my/articles/PesawatMAShilang/Article?mutakhir