Followers

Pilihan Anda!

Tuesday, March 18, 2014

Fikirlah Positif Tentang Kapten Juruterbang MH370 - The Right Actions

Positif: Juruterbang cuba buat pendaratan cemas namun tidak dapat melalukannya kerana masalah teknikal dan terpaksa meneruskan penerbangan sambil mencari alternatif yang ada.. tiada rampasan dan tiada niat yang tidak baik oleh Juruterbang yang dikenali sebagai seorang yang penuh pengalaman dan sangat positif dalam karear..

http://www.wired.com/autopia/2014/03/mh370-electrical-fire/

Ustaz Harun Din berpesan tentang MH370

Dr Harun Din Mula Bersuara Mengenai MH 370

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/2/29/Haron_Din.jpgIni antara Intipati Kuliah yang disampaikan oleh beliau selepas solat Maghrib di sebuah masjid:

1.Kembali kepada cara hidup islam. Sistem Islam, kembali kepada Allah.
Insaflah yang kita sedang diuji Allah.

2.Air di empangan makin kurang. 3/4 Malaysia berjerebu dan terbaru MH370. Berpuluh-puluh kapal dan aircrafts cari pun tak jumpa. Allah nak ajar manusia bahawa ilmu kita ni sangat sedikit berbanding ilmu Allah.

3.Kalau diambil seluruh lautan dan seluruh pokok dan tumbuhan hingga habis untuk dijadikan tinta, masih tak mampu nak menulis kalimah Allah. Apatah lagi ilmuNya.

4.Beliau(Dr Harun Din) bacakan ayat quran ..jangan makan dan minum yang haram…maka kalau kita langgar ..mengundang kemurkaan Allah lalu Allah akan turun bala.

5.Apa yang berlaku pada MH370 jadikan Malaysia tumpuan seluruh dunia. Allah malukan kita dengan peristiwa tikar terbang sehingga Arab Saudi kata kita biarkan syirik berleluasa. Memang itu yang berlaku sebenarnya… Allah hina negara kita dengan peristiwa macam ni.

6.Majoriti manusia tak melihat peristiwa yang berlaku dengan mata hati bukan mata kasar. Mata hati kita buta kerana banyak maksiat dan syirik. Allah ingatkan kita..kembali padaNya..pohon maaf..insaf.

7.Bila dah 3 ke 4 hari tak jumpa baru nak ingat Allah.. Baru nak solat hajat. Bagi yang terang mata hati..terus baca innalillahi wainna ilaihirojiuun sewaktu awal-awal peristiwa berlaku.

8.Beliau(Dr Harun din) mengeluarkan pendapat ikut pengalaman, beliau melihat Saudi Airline dan Brunei amat menekankan kepada juruterbang mereka bacaan doa(bagi yang muslim) sebelum melakukan penerbangan.

9.Kenapa kita tak berserah pada Allah dalam setiap permulaan perjalanan? Di malaysia ni..banyak sangat orang Islam percaya perkara khurafat..bomoh dah jadi kelaziman hinggakan orang buat tikar terbang di KLIA pun tiada orang Islam yang menghalang… Hingga 1 dunia tengok kebodohan dan kesyirikan yang berlaku di negara kita… Lihat dengan mata hati…itu penghinaan Allah pada kita.

Diolah semula oleh penulis asal
mike69 at 08:39

http://daisyteapot.blogspot.com/2014/03/dr-harun-din-mula-bersuara-mengenai-mh.html?showComment=1395179149129&m=1#c3528024975025424710

JB Search

Custom Search

JB World

JOHOR KINI

JOHOR KINI
Johor Kini

Johor Bahru Map

Marilah Blog!

Dunia Kini

free counters