Laluan pertama MRT Sg. Buloh – Kajang dijangka siap ikut jadual ABN News | BM
Laluan pertama MRT Sg. Buloh – Kajang dijangka siap ikut jadual
21 FEB 2013 04:41PM
KUALA LUMPUR – Laluan pertama My Rapid Transit (MRT) Sungai Buloh-Kajang dijangka siap mengikut jadual pada Jun 2017.
Dengan tujuh peratus landasan telah siap dibina setakat ini, Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit Corp Bhd (MRT Corp) Datuk Azhar Abdul Hamid berkata kemajuannya dijangka berjalan lancar di masa depan.
“Mustahak bagi kami untuk menyiapkan projek ini tepat pada masa dalam kos yang ditetapkan. Kami tidak boleh membuat sebarang kesilapan.”
“Baki 18 pakej bagi Laluan 1 dijangka diberikan sepenuhnya pada suku pertama tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas majlis permeterian Memorandum Persefahaman (MoU) antara MRT Corp dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) hari ini.