Selamat datang ke komuniti blogger Johor Bahru. Sertai kami untuk dipaparkan ke blog ini. Link dan isu yang menarik pasti menambahkan pelawat ke blog anda!. Blogger Boleh!!
Followers
Pilihan Anda!
Saturday, December 24, 2011
Bekas Menteri Besar Selangor dijel 12 bulan - Jenayah - Sinar Harian
SHAH ALAM – Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir dihukum penjara 12 bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam didapati bersalah menggunakan pen-garuhnya sebagai Menteri Besar untuk membeli dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta, empat tahun lalu.
Hakim Datuk Mohtaruddin Baki juga memerintahkan perlucutan hak terhadap hartanah milik Mohamad Khir dan diserahkan kepada kerajaan.
Bagaimanapun, beliau membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman itu sehingga kes rayuan selesai.
Mohtaruddin dalam penghakimannya berkata, hukuman tersebut dibuat dengan mengambil kira faktor kepentingan awam tambahan pula kesalahan itu dilakukan penjawat awam berjawatan tinggi.
“Mahkamah tidak bertolak ansur dalam kes berbaur rasuah dan hukuman berat perlu dalam kes seperti ini dan kepentingan awam perlu diutamakan.
“Hukuman denda tidak sesuai dikenakan dalam kes ini,” katanya.
Menurutnya, Mohamad Khir ada rancangan memiliki harta tersebut dan faktor ini amat jelas berdasarkan keterangan saksi pendakwaan.
Sebelum itu, peguam M Athimulan mewakili Mohamad Khir merayu memohon mahkamah menjatuhkan huku-man ringan atas alasan memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika soal siasat dijalankan.
Athimulan dalam hujahnya mahu mahkamah menilai jasa yang dilakukan oleh anak guamnya sepanjang beliau menjadi Menteri Besar.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Masri Mohd Daud berhujah agar mahkamah mengambil kira kepentingan awam berbanding kepentingan Mohamad Khir.
“Kesalahan seperti ini seharusnya dicegah dan penjawat awam perlu berhati-hati ketika menjalankan tugasan mereka.
“Mohamad Khir bukan secara tidak sengaja, tetapi dia ada perancangan untuk membeli hartanah tersebut,” katanya.
Dalam kes ini, Mohamad Khir, 46, didapati bersalah kerana mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 46, dua lot tanah dan banglo di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/ 1L, disini daripada Pengarah Ditamas Sdn Bhd melalui Shamsuddin Hayroni dengan harga RM3.5 juta sedangkan harta tersebut dibeli syarikat itu dengan harga RM6.5 juta pada 23 Disember 2004.
Perbuatan itu dilakukan Mohamad Khir dalam keadaan dia mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

'via Blog this'
JohorToday
Thursday, December 22, 2011
Berita Harian Online | Keputusan PMR 2011 terbaik tempoh 4 tahun
Keputusan PMR 2011 terbaik tempoh 4 tahun
2011/12/22
PUTRAJAYA: Pencapaian Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 adalah terbaik dalam tempoh empat tahun lalu berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 2.71 mata. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud, berkata seramai 34,271 atau 7.77 peratus daripada 448,738 calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) mencatatkan keputusan A bagi semua subjek iaitu peningkatan sebanyak 0.75 peratus atau 3,408 pelajar berbanding 2010.
'via Blog this'
Risa Cup Cakes and Bakery-Skudai Johor Bahru-http://www.iklan.hubhalal.com
www.cupcakes.hubhalal.com
www.scorea.ebays.my
Subscribe to:
Posts (Atom)
JB Search
Custom Search