Followers

Pilihan Anda!

Sunday, January 02, 2011

Perbanyakkan sekolah SRAB di Johor Bahru




JOHOR BAHRU 28 Jun – Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) yang menggabungkan aliran kebangsaan dan agama di bawah satu bumbung perlu diperbanyakkan di daerah ini kerana terdapat permintaan tinggi di kalangan ibu bapa.
Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Seri Shahrir Abdul Samad berkata, setakat ini hanya terdapat satu sekolah jenis itu di daerah ini walaupun jumlah murid yang hendak memasukinya setiap tahun adalah melebihi kuota ditetapkan.
“Ada ibu bapa yang tinggal jauh hingga dari Kulai hendak menghantar anak sekolah di sini.
“Kalau wujud keperluan maka saya rasa boleh dicadangkan akan diwujudkan lebih banyak sekolah mengikut sistem ini di Johor Bahru,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SRAB Johor Bahru dan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar di Taman Sri Tebrau di sini baru-baru ini.
Turut hadir guru besar sekolah itu, Zainab Harun dan Yang Dipertua PIBG, Mohd. Assabri Sidon.
Pada majlis tersebut, Shahrir mengumumkan bantuan untuk tahun 2010 sebanyak RM5,000 kepada sekolah tersebut.
Beliau berkata, sistem bersepadu itu digemari ibu bapa dan memudahkan murid-murid kerana sesi persekolahannya bermula pukul 8 pagi dan tamat pada 4 petang.
Menurutnya, pada tempoh sesi itu, murid-murid berpeluang mengikuti pelajaran aliran agama dan kebangsaan.
Selepas majlis itu, Shahrir menyampaikan hadiah kepada murid yang mendapat keputusan cemerlang pada tahun lalu dan kemudian meluangkan masa melawat bangunan dan kemudahan sekolah.
Dipetik dari Utusan Malaysia

Sepintas lalu

Sekolah Rendah Agama Bersepadu Johor Bahru atau lebih dikenali dengan nama SRAB JB telah ditubuhkan pada tahun 1999 bertempat di Jalan Kerambit, Taman Sri Tebrau. Memulakan operasi dengan hanya dua bilik darjah iaitu seramai 80 orang murid Tahun 1, tenaga pengajar SRAB JB mengorak langkah sebagai satu institusi pendidikan alternatif kepada ibu bapa dan penjaga yang menginginkan perkembangan anak-anak dari aspek duniawi dan ukhrawi yang digarap dalam satu corak pendidikan yang bersepadu.



Komuniti Blogger JB www.johor.blogspot.com

JB Search

Custom Search

JB World

JOHOR KINI

JOHOR KINI
Johor Kini

Johor Bahru Map

Marilah Blog!

Dunia Kini

free counters