Followers

Pilihan Anda!

Friday, August 26, 2011

Lihat anak bulan Syawal 29 Ogos 2011



Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini mengumumkan sebanyak 30 tempat ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal pada 29 Ogos ini bagi menentukan tarikh Aidilfitri tahun ini.
Majlis Raja-Raja juga mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidilfitri adalah berdasarkan rukyah dan hisab dan pengisytiharan tarikh akan diumumkan pada malam Isnin itu menerusi radio dan televisyen.Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja di sini, kawasan yang ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal ialah di Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu Tanjung Bidara, Melaka; Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Pulau Angsa dan Bukit Jugra dan Balai Cerap Selangor di Selangor; Pantai Pasir Panjang, Manjong; Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang; dan Kampung Pulau Sayak, Pemandangan Indah Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah.Di Terengganu ialah di Bukit Besar Kuala Terengganu, Bukit Kemuning, Kemaman, Pulau Perhentian dan Balai Cerap KUSZA, Setiu; Bukit Peraksi Pasir Putih, Bukit Kampung Tembeling Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC Kota Baharu di Kelantan; dan Bukit Tanjong Batu Nenasi, Gunung Berinchang Cameron Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan di Pahang.
Tempat melihat anak bulan Syawal di Perlis ialah di Kuala Sungai Baru; Menara Kuala Lumpur di ibu negara; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Putrajaya; Tanjong Lubang, Miri, Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu di Sarawak; Balai cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil dan Menara Universiti Malaysia Sabah di Sabah. – BERNAMA


Komuniti Blogger JB www.johor.blogspot.com

Sultan Johor kurnia RM200,000 untuk kebersihan Johor Bahru


SULTAN Ibrahim menyerahkan replika cek sumbangan terhadap usaha menceriakan bandar raya Johor Bahru kepada Shahrir Samad di Masjid At-Taqwa di Johor Bahru, kelmarin.


JOHOR BAHRU 24 Ogos - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan peruntukan berjumlah RM200,000 kepada Parlimen Johor Bahru dalam usaha untuk mengekalkan kebersihan dan keceriaan di kawasan sekitar ibu negeri di sini semalam.

Baginda sendiri menyampaikan peruntukan tersebut kepada Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Seri Shahrir Samad pada Majlis Berbuka Puasa dan Pengurniaan Sumbangan yang diadakan di Masjid At-Taqwa, Taman Pelangi di sini.

Majlis dihadiri Mufti Johor, Datuk Tahrir Samsuddin; Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut; Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Negeri Johor, Datuk Zainal Abidin Osman; Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kerja Raya dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Ahmad Zahri Jamil

Turut hadir, Datuk Bandar Johor Bahru, Burhan Amin; Pegawai Daerah Johor Bahru, Mislan Karmani dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stulang, Mok Chek Hau.

Shahrir pada bulan lalu mendapat perkenan daripada Sultan Ibrahim untuk menggunakan tema program Kembara Mahkota Johor (KMJ) sebelum ini, 'Penjagaan Alam Sekitar Tanggungjawab Kita' untuk program gotong-royong berterusan sehingga KMJ tahun depan berlangsung.

Peruntukan yang dikurniakan oleh Sultan Ibrahim akan diagih-agihkan kepada Jawatankuasa Penduduk (JKP) di sekitar ibu negeri dengan masing-masing menerima RM5,000 dalam usaha menggalakkan kerja pembersihan sendiri tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada pihak berkuasa tempatan.

"Sumbangan yang diberikan Tuanku datang daripada Tabung Kembara Mahkota, yang mana baginda berkenan menyumbangkannya kepada Parlimen Johor Bahru dalam usaha memastikan Johor Bahru dalam keadaan bersih.
"Pelaksanaan akan dibuat di peringkat akar umbi yang mana penduduk melalui JKP di kawasan masing-masing akan bertanggungjawab terhadap kebersihan taman atau kawasan lapang di taman perumahan masing-masing," katanya ketika dihubungi.

Menurut Shahrir, usaha gotong-royong secara bersama dengan Majlis Bandaraya Johor Bahru juga akan diusahakan dalam memastikan tema yang diambil dari KMJ itu dapati direalisasikan.


Komuniti Blogger JB www.johor.blogspot.com

JB Search

Custom Search

JB World

JOHOR KINI

JOHOR KINI
Johor Kini

Johor Bahru Map

Marilah Blog!

Dunia Kini

free counters