Followers

Pilihan Anda!

Wednesday, October 26, 2011

Monday, October 24, 2011

Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim: Pelaburan — JB Sentral bertaraf antarabangsa

Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim: Pelaburan — JB Sentral bertaraf antarabangsa:

JB Sentral bertaraf antarabangsa

JOHOR BAHRU 4 Ogos - JB Sentral yang dirasmikan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar baru-baru ini merupakan mercu tanda baru bagi bandar raya Johor Bahru.

Ia merupakan hab pengangkutan awam dan kereta api bertaraf antarabangsa yang penting bagi meningkatkan lagi pembangunan negeri terutama wilayah Iskandar Malaysia.

Malahan, bangunan tersebut yang dilengkapi kemudahan kelas pertama itu turut menjadi lambang kemajuan dan potensi negeri ini untuk memenuhi matlamat dan arah tuju Program Transformasi Kerajaan ke arah mencapai Wawasan2020.

Dengan beroperasinya JB Sentral, maka satu lagi projek ikonik dan komponen penting dalam pembangunan sekitar Tambak Johor berjaya dilaksanakan untuk manfaat bukan sahaja kepada rakyat negara ini khususnya penduduk Johor Bahru, bahkan kepada warga asing khususnya rakyat Singapura.

Tambak Johor yang menjadi salah satu pintu masuk ke tanah air kini ditingkatkan lagi imejnya dengan operasi JB Sentral yang dilengkapi dengan kemudahan moden dan selesa.

“JB Sentral bukan sahaja menjadi stesen transit awam dan hab terminal pengangkutan kereta api yang setanding Kuala Lumpur Sentral bahkan menjadi hab pengangkutan kereta api antarabangsa.

“Bangunan ini akan menjadi pusat sehenti kerana selain menjadi terminal pengangkutan awam dan kereta api.

“Rakyat juga boleh memanfaatkan perniagaan komersial dan berurusan di lapan jabatan kerajaan dan swasta yang terdapat dibangunan ini,” kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa merasmikan JB Sentral di sini, baru-baru ini.

JB Sentral menjadi sebahagian projek pembangunan Gerbang Selatan Bersepadu yang merangkumi pembinaan Bangunan Sultan Iskandar pada 2003 itu, juga dilengkapi kemudahan kelas pertama untuk orang ramai.

Ia menempatkan ruang perniagaan komersial yang dapat menyediakan peluang pekerjaan baru kepada orang ramai seterusnya meningkatkan pendapatan individu.

Kerajaan dijangka mendapat pulangan RM3.6 juta setahun hasil daripada sewaan ruang pejabat dan ruang niaga yang kemudian boleh digunakan bagi membangunkan infrastruktur kepada rakyat pada masa akan datang.

“JB Sentral dijangka dapat mengurangkan dan mempermudahkan aliran trafik di pusat perdagangan bandar raya ini.

“Bangunan yang dilengkapi dengan 726 tempat letak kereta, 18 lot ruang niaga dan 30 kios ini akan menjadikan bangunan ini sebagai kawasan perhentian utama bagi pengguna yang berulang alik ke Singapura dan Malaysia,” katanya.


'via Blog this'

JohorToday

JB Search

Custom Search

JB World

JOHOR KINI

JOHOR KINI
Johor Kini

Johor Bahru Map

Marilah Blog!

Dunia Kini

free counters