KOTA BELUD: Disaat mereka berpeluang untuk kembali hidup bersama dalam sebuah keluarga yang sempurna, tragedi gempa Gunung Kinabalu pada Jumaat lalu telah meragut impian itu.
Robbi Sapinggi, 31, terpisah dengan isterinya Reena Joshi, 32, selama beberapa bulan selepas perkahwinan mereka pada September lalu kerana wanita itu terpaksa pulang ke England.
Reena yang merupakan pelajar perubatan berkata, dia pertama kali berkenalan dengan Robbi pada tujuh tahun lalu ketika bercuti di Sabah.
Dia dan bapanya kemudian diberikan seorang pemandu pelancong untuk membawa mereka naik ke Gunung Kinabalu.
"Kami memutuskan untuk meneruskan hubungan beberapa tahun kemudian membuat keputusan untuk berkahwin pada September di Sabah," katanya kepada The Star.
Reena berkata, disebabkan amalan agama berbeza, mereka mengambil keputusan untuk berkahwin di rumah Robbi.
Katanya, kemudian dia terpaksa pulang ke England bagi menyelesaikan beberapa urusan keluarga akhir tahun lalu.
Dia juga tidak berkesempatan kembali ke Sabah untuk melahirkan anak pertama mereka yang kini sudah berusia enam bulan.
"Oleh kerana kesihatan bayi kami, saya terpaksa tinggal di England untuk tempoh masa sebelum kembali pulih sepenuhnya.
"Saya kini tinggal di Cornwall tetapi saya bergerak di seluruh negara kerana belajar dan bekerja," katanya.
Reena berkata, dia kembali ke Sabah dengan tujuan untuk tinggal dalam jangka masa panjang.
Rancangan tersebut musnah apabila tragedi gempa yang berlaku pada Jumaat lalu apabila Robbi meninggal dunia dalam usaha menyelamatkan nyawa pendaki lain.
Apabila ditanya tentang pengorbanan yang dilakukan lelaki itu, Reena berkata, ia merupakan salah satu sifatnya.
"Dia mempunyai sifat yang sangat baik dan penyayang. Dia suka melakukan apa sahaja kerja untuk orang lain. Dia selalu meletakkan kepentingan orang lain lebih daripada dirinya sendiri," ujarnya.
Sepanjang pengebumian, Reena kelihatan tenang dan menahan air matanya keluar.
Bagaimanapun, ketika orang ramai menurunkan keranda suaminya, dia mula tidak mampu menyimpan perasaan sedih tersebut.
Syarikat tempat Robbi bekerja, Amazing Borneo membuka tabung kemanusiaan kepadannya dan dalam tempoh 24 jam, mereka berjaya mengumpul hampir RM100,000.
KUALA LUMPUR – Sabah mungkin berdepan dengan risiko gempa bumi lebih besar selepas menerima sebanyak 54 gegaran susulan dalam tempoh tiga hari selepas berlaku gempa bumi terkuat di Malaysia berukuran 5.9 pada skala Richter yang berpusat di Ranau, Sabah pada Jumaat lalu.
KUALA LUMPUR – Sabah mungkin berdepan dengan risiko gempa bumi lebih besar selepas menerima sebanyak 54 gegaran susulan dalam tempoh tiga hari selepas berlaku gempa bumi terkuat di Malaysia berukuran 5.9 pada skala Richter yang berpusat di Ranau, Sabah pada Jumaat lalu.
Pakar geologi, Prof. Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, gegaran susulan yang terlalu banyak itu dianggap luar biasa dan kemungkinan gempa bumi yang lebih kuat akan berlaku tidak boleh diketepikan.
“Sesuatu kawasan yang dilanda gempa tidak menerima gegaran susulan yang terlalu banyak dan lazimnya gegaran susulan yang berlaku tidak melebihi 10 kali seperti yang berlaku baru-baru ini di Landa Kathmandu, Nepal.
“Bagaimanapun, jika gegaran susulan lemah, maka risiko berlakunya gempa bumi lebih rendah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
via Kosmo!
Komuniti Blogger JB www.johor.blogspot.com
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas sokongan anda..