KUALA LUMPUR 8 Julai – Jika dahulu pendapatan yang diperoleh sewaktu bergelar pramugara adalah sekitar RM5,000 sebulan, namun Mohd. Nizam Nordin, 46, kini mampu menjana pendapatan hampir sekali ganda dengan mengusahakan perniagaan penapis air keluaran syarikat Coway (M) Sdn. Bhd.
Malah dalam tempoh baru enam bulan menyertai perniagaan tersebut, beliau kini sudah bergelar Perancang Kesihatan serta menjadi Team Leader kepada lapan orang ejen.
Menurut Mohd. Nizam, pencapaiannya itu banyak dibantu oleh latihan serta bimbingan yang diperolehinya sewaktu mengikuti kursus keusahawanan selama empat bulan di bawah kendalian Pusat Pembangunan Korporat (CDC).
Ujar beliau, selain membantu memulihkan emosi selepas berdepan situasi terpaksa diberhentikan khidmat daripada Malaysia Airlines (MAS) pada Jun 2016, CDC telah membuka matanya bahawa terdapat lebih banyak peluang di luar.
“Memang ramai kawan saya yang tak dapat terima kenyataan apabila diberhentikan kerja. Apatah lagi dengan umur yang sudah lanjut, peluang pekerjaan mungkin tertutup kerana perlu bersaing dengan golongan graduan.
“Bagaimanapun CDC telah mengubah minda kami bahawa dunia ini masih luas dan rezeki itu ada di mana-mana. Cuma kalau kita duduk di rumah tanpa berbuat sesuatu, memang tidak akan dapat apa-apa,” katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia di sini, baru-baru ini.
Menurut Mohd. Nizam, dalam bulan pertama mengusahakan perniagaan penapis air Coway iaitu pada Januari lalu, beliau sudah mampu menjual sebanyak sembilan unit.
Namun oleh kerana melakukannya secara separuh masa ketika itu, komisen yang diperolehinya hanya sekitar RM1,700.
Pada bulan berikutnya beliau bertekad melakukannya secara serius dengan membuka booth di pusat beli-belah dan hasilnya sebanyak 12 unit berjaya dijual dengan pendapatan yang diperolehi kira-kira RM7,300.
“Paling lumayan saya dapat adalah pada bulan lepas iaitu kira-kira RM11,000 untuk jualan sebanyak 16 unit.
“Sehingga hari ini, saya tidak pernah lagi mendapat jualan kurang daripada 10 unit dalam sebulan. Sasaran saya pada November ini ialah untuk menjadi pengurus,” katanya yang telah berkhidmat dengan MAS selama 24 tahun .
Menurut Mohd. Nizam, pengalamannya selama berkhidmat sebagai kru kabin banyak membantunya untuk mencapai apa yang diperolehi ketika ini terutama dari segi kemahiran berkomunikasi.
Beliau berkata, walaupun mempunyai simpanan dengan jumlah yang agak besar, namun itu bukan alasan untuk beliau tidak keluar dari zon selesa.
“Tidak seperti golongan muda, mereka tidak mempunyai komitmen dan masih boleh dibantu oleh ibu bapa, tetapi peringkat saya ini banyak benda yang perlu dibayar. Desakan ini yang membuatkan saya keluar dari zon selesa.
“Kepada rakan-rakan saya yang masih belum berbuat apa-apa, lupakan perkara yang lepas dan bergeraklah ke hadapan. Jangan berhenti mencari peluang, pintu rezeki masih terbuka luas,” ujarnya.
Credit to:
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/bisnes/usahawan/peroleh-pendapatan-hampir-sekali-ganda-1.500648#ixzz4mPmfxsHw
© Utusan Melayu (M) Bhd
Komuniti Blogger JB
www.johor.blogspot.com
Sistem Bekalan Air di Malaysia
ReplyDeletehttps://dribnusina.blogspot.my/2016/03/proses-rawatan-air-dan-bekalan-air-ke.html
From SYABAS
ReplyDeletehttps://www.syabas.com.my/consumer/water-quality-improvement-programme
Salam sejahtera,
ReplyDeleteAnda boleh melayari laman sesawang kami di sini. Kami menyediakan perkhidmatan logistik pada harga yang berpatutan. Terima kasih.
Do you understand there is a 12 word phrase you can say to your partner... that will trigger intense feelings of love and impulsive attraction to you deep inside his chest?
ReplyDeleteThat's because hidden in these 12 words is a "secret signal" that fuels a man's instinct to love, idolize and guard you with his entire heart...
12 Words Will Trigger A Man's Love Impulse
This instinct is so built-in to a man's brain that it will make him try harder than before to do his best at looking after your relationship.
As a matter of fact, triggering this influential instinct is so important to getting the best possible relationship with your man that once you send your man a "Secret Signal"...
...You will instantly notice him open his mind and heart for you in a way he haven't expressed before and he will recognize you as the one and only woman in the universe who has ever truly fascinated him.