Followers

Pilihan Anda!

Monday, October 10, 2011

Berita Harian Online | Cadangan naik gaji Ahli Parlimen ditarik balik

Berita Harian Online | Cadangan naik gaji Ahli Parlimen ditarik balik: "2011/10/10

KUALA LUMPUR: Kerajaan menarik balik cadangan untuk menaikkan gaji dan elaun 222 Ahli Parlimen daripada peruntukan Bajet 2012, Jumaat lalu, selepas mendapat bantahan daripada empat wakil rakyat pembangkang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata penarikan itu membabitkan peruntukan sebanyak RM30 juta yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Bajet 2012.
Beliau berkata, empat pemimpin pembangkang membantah kenaikan itu adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
"Jadi saya gagal untuk buktikan kepada Perdana Menteri bahawa cadangan ini mendapat sokongan penuh daripada ahli-ahli Parlimen sendiri," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini. "

'via Blog this'

JohorToday

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas sokongan anda..

JB Search

Custom Search

JB World

JOHOR KINI

JOHOR KINI
Johor Kini

Johor Bahru Map

Marilah Blog!

Dunia Kini

free counters