Sebentar tadi, kami menerima update terkini mengenai status DNA babi untuk kes Kluang Rail Coffee yang pernah dipaparkan di muka depan Harian Metro pada 25 Mac 2011. Ekoran daripada berita tersebut, pihak Kluang Rail Coffee memahami tahap sensitiviti umat Islam & mereka mengambil inisiatif untuk menghantarkan sampel mentega untuk tindakan selanjutnya. Ikuti kisah penuh isu DNA babi selepas ini.
Pada 19 Januari lalu, sampel diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi menganalisa kandungan kopi yang digunakan di premis kopitiam yang terletak di bandar Kluang itu.
Hanya 14 Mac iaitu dua bulan selepas sampel diambil, tersebar di internet salinan analisa Jabatan Kimia yang menyebut terdapat kandungan DNA babi dalam kopi yang dijual. Berikut adalah laporan Jabatan Kimia yang mudah diperolehi di internet.
15 hari kemudian, Harian Metro memaparkan mengenainya di muka depan akhbar tabloid itu.
Dalam pada itu, sebagaimana etika kewartawanan yang menitiberatkan keseimbangan pada laporan (impartial reporting), blogger / wartawan Hazrey turut menghubungi pemilik Kluang Rail Coffee dan dinyatakan di blog beliau di sini. (link: Pemilik Kluang Rail Coffee Menjawab)
Ia antara lain memetik kenyataan pemilik Kluang Rail Coffee yang sedikit kecewa kerana gagal memperolehi kenyataan rasmi dari pihak berkuasa tentang apa yang disebarkan di internet.
“Ketika berada di Jabatan Agama Islam Johor bagi mendapatkan kepastian dua hari lalu, pemilik kopitiam itu bagaimanapun gagal memperolehi keputusan analisa yang dikatakan sudah dihantar Jabatan Kimia kepada jabatan itu.”
Pagi ini, tiga pengarah syarikat Rail Passion Sdn Bhd, pemilik Kluang Rail Coffee dihadapkan ke mahkamah majistret Kluang dan kes dikemukakan Jabatan Kesihatan.
Mereka didakwa dengan dua pertuduhan iaitu kerana tidak meletakkan label bahawa terdapat kandungan DNA babi pada serbuk kopi 500gram dan Kopi Uncang 20 paket.
Ketiga tiga mereka, Lim Jit Chen, Lim Jit Chiang dan Lim Jit Tong hadir di mahkamah bagi menjawab pertuduhan yang dikenakan. Ketiga tiga mereka mengaku tidak bersalah.
Berikut adalah kenyataan bersama yang dikeluarkan kepada pihak media dan turut diperolehi OHBULAN!:
“Kami, Lim Jit Chen, Lim Jit Tong dan Lim Jit Chiang sebagai Pengarah Kluang Rail hari ini didakwa secara bersama di Mahkamah Majistret Kluang kerana gagal melabelkan serbuk kopi kami. Jabatan Kesihatan Johor mendakwa kopi keluaran kami mengandungi DNA babi.Seperti yang diketahui, kehadiran kami adalah sebagai rakyat yang sentiasa patuh kepada undang-undang, bagi memastikan kami mendapat peluang untuk memperjelaskan kedudukan kami melalui proses undang-undang.Kami yakin dan percaya melalui proses undang-undang kita, kami mempunyai kes yang kukuh untuk mempertahankan kredibiliti kami, apatah lagi, kami turut melakukan ujian makmal terhadap serbuk kopi kami di makmal yang diakreditasikan oleh Kementerian Kesihatan dan Jakim.Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan kepada semua rakyat Malaysia terutama semua pelanggan Kluang Rail Coffee, perniagaan kami berteraskan kejujuran dan sentiasa menyediakan yang terbaik kepada mereka. Kami sentiasa akur dan sedar akan tanggungjawab kami terhadap pelanggan beragama Islam dan kami ingin nyatakan, pada setiap masa, kami sentiasa menggunakan ramuan / bahan yang sudah diberikan status halal oleh pihak berkuasa Negara ini.Kami TIDAK AKAN sama sekali menyalahgunakan keyakinan serta kepercayaan yang diberikan kepada kami selama 73 tahun. Kami akan memberikan ulasan lebih terperinci pada satu Sidang Akhbar yang akan diadakan pada Isnin, 23hb Mei 2011.”
Ini bukan kali pertama pemilik Kluang Rail Coffee menunjukkan usaha memperjelaskan kepada masyarakat terhadap kejujuran dan kesungguhan mereka.
Yelah, bak kata orang, berani kerana benar dan setelah berniaga selama 73 tahun, tentu sekali mereka mengutamakan sumber yang digunakan adalah halal dan diiktiraf pihak berwajib negara ini.
Sebelum ini, ketika isu mula timbul di internet, blog Hazrey, turut menyebut:
“It is unfair for us. Kami sudah dihukum (melalui penyebaran di laman sosial) biarpun kami tidak mengetahui sebarang maklumat keputusan analisa itu untuk kami melakukan satu tindakan segera. Kami tidak boleh bertindak berpandukan apa yang diperkatakan di laman sosial semata mata tetapi ia sudah menghukum kami.“Kami sentiasa prihatin terhadap apa jua kandungan yang digunakan dalam penyediaan makanan serta minuman untuk pelanggan memandangkan majoriti yang mengunjungi kafe kami beragama Islam.“Kami bukan ahli kimia dan ia berkemungkinan dari bekalan yang kami terima dari pihak ketiga namun apapun, kami perlu melihat keputusan analisa itu untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Pun begitu, atas nasihat Jabatan Agama Islam Johor, mereka melakukan samak pada 31 Mac lalu ke atas semua empat premis milik syarikat itu.
Difahamkan, selama ini pemilik Kluang Rail Coffee menggunakan bahan yang sudah diiktiraf pihak berkuasa negara ini.
Bagi memperolehi sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), badan Islam di negara asing perlu melalui proses kompeten ketat yang sudah ditetapkan jabatan itu.
Prosedur ketat itu boleh dibaca di sini. (link: Prosedure Halal)
Apapun, NZ Islamic Processed Food Management Division sudahpun diperakui Jakim berdasarkan senarai yang diperolehi di sini. (link: Senarai syarikat halal April 2011)
Bagaimanapun, baru-baru ini timbul pula cerita baru berkaitan dengan isu ini dan tersebar luas di pelbagai blog dan laman sosial.
Satu Memo Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam yang dicop dengan tarikh 19 April 2011 dipaparkan di beberapa blog. (Attach: memo golden churn Jaij)
Menggunakan tajuk Butter Daripada New Zealand Dikesan Terdapat DNA Babi, ia menyebut satu jenama terkenal yang mendapat pengiktirafan halal daripada New Zealand dikesan mengandungi DNA babi.
Memo itu bagaimanapun tidak menyebut bahawa apabila pengiktirafan diperolehi oleh badan Islam itu, ia turut menerima pengiktirafan halal oleh Jakim.
Dan terdapat kekhilafan pada memo ini apabila ia bertarikh 18 Mei 2011 namun cop tercatat “Diterima” bertarikh 19 Apr 2011.
Sebagaimana laporan Jabatan Kimia dan memo Jaij yang tersebar luas pada Mac lalu, memo ini juga menimbulkan persoalan, bagaimana ia boleh tersebar luas sedangkan pihak Kluang Rail Coffee tidak mendapat laporan secara rasmi sehingga mereka didakwa di mahkamah hari ini?
Dan sehingga kini, masih tiada lagi sebarang reaksi dari pihak Jakim sejak isu ini diperkatakan pada Mac lalu, yang kini sudah memasuki dua bulan.
Dan ramai yang tertanya, mungkinkah pengeluar ‘butter’ ini akan turut diheret ke mahkamah bersandarkan kepada maklumat dari memo Jabatan Agama Islam Johor yang tersebar luas itu?
Sambil itu, difahamkan, pemilik Kluang Rail Coffee sudahpun menghantar sampel yang sama diambil pihak berkuasa ke makmal bebas bertauliah di Kuala Lumpur yang turut diakreditasikan Kementerian Kesihatan di Kuala Lumpur.
Dan dikhabarkan keputusan analisa itu sangat baik dan dijangka dapat menghilangkan pelbagai keraguan dan kerisauan masyarakat. Nantikan update penuh pada 23 Mei 2011.
Komuniti Blogger JB www.johor.blogspot.com
http://www.resepirahsiaku.com/2011/05/golden-churn-butter-tidak-halal.html
ReplyDeleteMana perginya Chamek Kopitiam kat UDA? (chamekopitiam.blogspot.com)
ReplyDeleteDapatkan yang bersih(halal), berkhasiat & berkualiti di Hasanah Muslim Shop.
ReplyDeleteKita perlu bersatu menyokong produk Muslim yang terjamin HALAL.
~Produk Muslim untuk Semua~
HASANAH MUSLIM SHOP
Taman Teratai
http://kedaihasanah.blogspot.com