Followers

Pilihan Anda!

Monday, April 25, 2011

Iskandar Malaysia raih RM3.76b

skandar Malaysia raih RM3.76b

2011/04/23

ISKANDAR Malaysia menerima pelaburan berjumlah RM3.76 bilion dalam tiga bulan pertama tahun ini, sekali gus menjadikan pelaburan keseluruhan yang diraih wilayah pembangunan ekonomi selatan itu sejak 2006 meningkat kepada RM73.24 bilion. 


Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Ismail Ibrahim, berkata ia sebagai tambahan kepada jumlah pelaburan yang dicatat setakat akhir tahun lalu iaitu RM69.48 bilion.


"Situasi itu mencerminkan keyakinan pelabur terhadap Iskandar Malaysia semakin meningkat," katanya selepas merasmikan Hari Terbuka Iskandar Malaysia Kelima 2011 di Pusat Beli-belah City Square di Johor Bahru, semalam.
Ismail berkata, berdasarkan rekod, pada suku pertama tahun ini, semakin banyak peserta industri tempatan mula menunjukkan minat untuk melabur dalam projek mega di wilayah ekonomi selatan itu.

Komuniti Blogger JB www.johor.blogspot.com
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/IskandarMalaysiaraihRM3_76b/Article/index_html

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas sokongan anda..

JB Search

Custom Search

JB World

JOHOR KINI

JOHOR KINI
Johor Kini

Johor Bahru Map

Marilah Blog!

Dunia Kini

free counters