Followers

Pilihan Anda!

Wednesday, October 20, 2010

Jerebu: Bilangan ‘hotspot’ meningkat di Sumatera

PUTRAJAYA - Sepanjang tempoh 24 jam lalu, bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) dari 51 buah stesen pengawasan kualiti udara Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang direkodkan pada jam 11.00 pagi, 18 Oktober 2010 mencatatkan 23 kawasan berada pada tahap baik dan 27 kawasan berada pada tahap sederhana dan 1 kawasan berada pada tahap tidak sihat (maklumat terperinci bacaan IPU mengikut lokasi-lokasi stesen pengawasan adalah seperti yang dilampirkan).

Berdasarkan laporan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, jarak penglihatan sehingga pukul 12.00 tengahari, 18 Oktober 2010 di beberapa kawasan tertentu seperti Batu Pahat, Muadzam Shah, Ipoh, Melaka, Temerloh dan Kuantan sedikit merosot kepada 3 km hingga 7 km.

Kemerosotan kualiti udara mula dikesan semenjak 16 Oktober 2010 iaitu di sekitar jam 12.00 tengahari dan berterusan sehingga sekarang di beberapa kawasan seperti di Utara Johor, Negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Negeri Selangor.

Laporan satelit yang dikeluarkan oleh “ASEAN Specialised Meteorological Centre” menunjukkan peningkatan bilangan titik panas (hotspot) di Sumatera, Indonesia pada 17 Oktober 2010 iaitu sebanyak 244 titik panas (hotspot), berbanding 80 titik panas (hotspot) yang dikesan pada 16 Oktober 2010.

Imej satelit NOAA-18 pada 17 Oktober 2010 juga menunjukkan terdapat pergerakan asap jerebu (smoke plume) dari kawasan-kawasan kebakaran di Wilayah Riau, Wilayah Sumatera Selatan dan Wilayah Jambi, Sumatera, Indonesia ke Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Oleh yang demikian, keadaan berjerebu yang dialami terutamanya di sekitar kawasan Utara Johor, Negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Negeri Selangor ini adalah disebabkan oleh pencemaran jerebu merentas sempadan dari Sumatera, Indonesia.

Orang ramai terus dinasihatkan supaya tidak melakukan atau menyebabkan pembakaran terbuka. Orang ramai juga diminta berkerjasama untuk memadam kebakaran-kebakaran kecil dan juga melaporkan kes-kes pembakaran terbuka kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 dan Jabatan Alam Sekitar di talian bebas tol, 1-800-88-2727. - Bernama


Komuniti Blogger JB

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas sokongan anda..

JB Search

Custom Search

JB World

JOHOR KINI

JOHOR KINI
Johor Kini

Johor Bahru Map

Marilah Blog!

Dunia Kini

free counters