Bandar Jaya Putra terletak bersebelahan dengan Taman JP Perdana di Johor Bahru. Jika nama 'bandar' digunakan bagi sebuah taman maka ia pastilah berada di dalam satu kawasan yang luas. Seperti Bandar Baru Uda, Bandar Dato' Onn dan lain-lain merupakan taman perumahan yang besar dan berkapasiti penduduk yang ramai.
Selamat datang ke komuniti blogger Johor Bahru. Sertai kami untuk dipaparkan ke blog ini. Link dan isu yang menarik pasti menambahkan pelawat ke blog anda!. Blogger Boleh!!
Followers
Pilihan Anda!
Thursday, December 19, 2013
Bandar Jaya Putra
Tuesday, April 23, 2013
MRT SG. Buloh - kini maju dan hebat
Laluan pertama MRT Sg. Buloh – Kajang dijangka siap ikut jadual ABN News | BM
Laluan pertama MRT Sg. Buloh – Kajang dijangka siap ikut jadual
21 FEB 2013 04:41PM
KUALA LUMPUR – Laluan pertama My Rapid Transit (MRT) Sungai Buloh-Kajang dijangka siap mengikut jadual pada Jun 2017.
Dengan tujuh peratus landasan telah siap dibina setakat ini, Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit Corp Bhd (MRT Corp) Datuk Azhar Abdul Hamid berkata kemajuannya dijangka berjalan lancar di masa depan.
“Mustahak bagi kami untuk menyiapkan projek ini tepat pada masa dalam kos yang ditetapkan. Kami tidak boleh membuat sebarang kesilapan.”
“Baki 18 pakej bagi Laluan 1 dijangka diberikan sepenuhnya pada suku pertama tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas majlis permeterian Memorandum Persefahaman (MoU) antara MRT Corp dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) hari ini.
Tanah Melayu Sg. Buloh 2010
Pejuang Tempatan: Kisah Melayu dan Tanah Melayu . . .
Apa khabar Sg. Buloh 2013?
Thursday, April 18, 2013
Tanda-Tanda Sakit Jantung
Lidah atau gusi menjadi bengkak atau sakit –berkemungkinan jantung kita ada masalah seperti lemak berlebihan, Injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat.
2. Terasa kebas tangan kiri dan juga lengan – Jika sakitnya berpanjangan pada lengan tangan kiri ada kemungkinan anda akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat. (Bagi perempuan sakit terasa pada kedua-dua belah tangan)
3. Lidah terasa tegang dan pendek.
4. Rasa seronok teruja atau rasa bimbang tiba-tiba tanpa sebab.
5. Rasa sakit pada dada (Ulu hati sedikit ke sebelah kiri) –biasanya terasa seperti dada sedang dihempap oleh benda berat.
6. Daripada sakit dada rasa sakit mula merebak pada tangan, lengan, tengkok, belakang, abdomen dan rahang
7. Rasa tidak selesa pada dada seperti dipam angin penuh, atau rasa pedih.
8. Batuk tiba-tiba dan berpanjangan atau terasa ada kahak dan sentiasa mahu berdehem.
9. Rasa kepala berpusing tidak seimbang.
10. Rasa keletihan sepanjang masa.
11. Rasa meloya dan tidak ada selera makan.
12. Degupan jantung tidak menentu.
13. Nafas terasa pendek.
14. Berpeluh dengan tiba-tiba walaupun sedang duduk rehat atas kerusi.
15. Membengkak pada bahagian seperti sendi-sendi di kaki atau abdomen.
16. Saat-saat paling hampir pada serangan jantung biasanya membawa kepada keletihan atau tidak maya yang teruk.
Kepantasan anda mendapatkan rawatan mampu menyelamatkan nyawa anda…
Sumber: Wartashubhi | Koleksi Artikel Kesihatan Melayukini.net
Thursday, April 11, 2013
Majlis Konvokesyen UTM Ke 50
Berikutan dengan Pilihanraya Umum ke-13 pada 5 Mei 2013, Universiti Teknologi Malaysia telah membuat keputusan untuk meminda tarikh Majlis Konvokesyen ke-50 UTM kepada 7 Mei 2013
Maklumat Raptai Majlis Konvokesyen ke-50 UTM adalah seperti berikut:
Tarikh : 6 Mei 2013 (Isnin)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Sultan Iskandar UTM, Johor Bahru, Johor
MAKLUMAN KEPADA SEMUA GRADUAN!
Surat jemputan kepada para graduan akan diposkan mulai 8 April 2013
PERHATIAN: Semua graduan adalahh DIWAJIBKAN menghadiri Raptai Majlis seperti maklumat di atas."
Nama Hotel | Telefon * | Anggaran Jarak |
Hotel Seri Malaysia | 07 - 2211002 | 20 KM |
Mutiara Hotel | 07 - 3323808 | 22 KM |
Hotel Rasa Sayang | 07 - 2248600 | 22 KM |
Hotel Kelana | 07 - 5562050 | 4 KM |
Hotel GoodHope | 07 - 5572828 | 6 KM |
Hotel Puteri Pan Pacific | 07 - 2233333 | 22 KM |
Thistle Hotel | 07 - 2221234 | 22 KM |
Hotel Selesa Pasir Gudang | 07 - 2518899 | 48 KM |
Pulai Spring Resort | 07 - 5212121 | 4 KM |
Hotel Sofitel | 07 - 5996000 | 12 KM |
M Suites Hotel | 07 - 2211000 | 12 KM |
Rose Cottage Risa Homestay | 07 - 5211366 016-7730669 | 2 KM 6 KM |
'via Blog this'
Komuniti Blogger JB
www.johor.blogspot.com
Wednesday, April 10, 2013
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) - PRU13 - 5 May 2013 - Undilah Mereka Yang Layak
Komuniti Blogger JB
www.johor.blogspot.com
Saturday, March 30, 2013
MAP TRAINING dan Jom Heboh DI JOHOR BAHRU
MAP Training sedang berlangsung di bangunan MPC di Johor Bahru. Ia diadakan selama 2 hari dan serentak dengan Jom Heboh di Plaza Angsana Bandar Baru Uda Johor Bahru. Tidak ketinggalan juga dengan promosi Jackel yang merasmikan bangunan barunya.
Friday, March 15, 2013
Adakah benar? Lahad Datu Digemparkan Dengan Kehadiran Kapal Perang USS Guardian Milik Amerika Di Perairan Sulu!!!
Komuniti Blogger JB
www.johor.blogspot.com
Thursday, February 21, 2013
UTM Berselawat | Gema Cinta Rasul Dari Selatan
Nabi Muhammad S.A.W
Perasmian dan forum bersama selebriti. Bermula 8.30 pagi
Talaqqi perdana. 1 - 6 petang
Tausiyyah perdana. Bermula 9 malam
Sumber gambar: Facebook page UTM berselawat"
'via Blog this'
Johor Today
Tuesday, February 12, 2013
Monday, February 11, 2013
Goodhope Hotel and Your Review
Goodhope hotel located at Skudai Old Town. How old is Goodhope Hotel? How many starred? Any review?
Thank you for your review!
Monday, January 28, 2013
Gejala Tidak Sihat di Kedai Jalan Kemuliaan Taman Universiti
Mengapa ada motosikal yang terbarai di depan Cyber Cafe ni. Mungkinkah kepunyaan orang yang kehilangan motor? Ramai juga anak muda yang menghabiskan masa di CC.. Hijrahlah ke arah hidup yang lebih sihat..
Monday, January 21, 2013
Ramai yang cari rumah sewa di kawasan Skudai Nusajaya tahun 2013 / 2014
Salam Mauludur Rasul.. Banyakkan selawat ya..
Wassalam
Wednesday, January 16, 2013
Pejabat Urusan Majlis Guru Agama Daerah Johor Bahru
Kawan tengah tunggu M.A.G.A.D buka untuk beli buku sekolah agama. Selalu habis stok jadi bagaimana anak nak belajar?
Friday, January 11, 2013
Isu kenaikan harga rumah: Dilema miliki rumah
5 Januari 2013
Di sebalik pembangunan pesat itu, masyarakat berhadapan cabaran kenaikan harga rumah mendadak sehingga mencecah peningkatan 20 hingga 40 peratus, malah ada di antaranya pasrah dengan status penyewa seumur hidup kerana tidak mampu menanggung kos
pembelian rumah yang meningkat saban tahun.
Menyedari masalah yang dihadapi rakyatnya, inisiatif Kerajaan Negeri mewujudkan Dasar Perumahan Rakyat Johor sebagai pendekatan dilihat dapat membendung masalah kenaikan harga rumah di negeri ini.
Mampukah mekanisme yang dibawa Kerajaan Negeri ini mengatasi sepenuhnya kebimbangan rakyat tempatan mengenai kenaikan harga rumah pada masa ini. Ikuti kupasan berkaitan isu ini oleh wartawan Sinar Harian.
Respons Kerajaan Negeri
Kenaikan harga rumah sehingga 20 hingga 40 peratus dalam tempoh dua tahun diakui Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Abdul Rashid A Rahman.
Menyedari situasi semasa itu, Dasar Perumahan Rakyat Johor di Iskandar Malaysia diaplikasi bermula 1 April tahun lalu.
Dasar ini bukan sekadar memberi perhatian terhadap isu bekalan rumah mampu milik yang mencukupi, tetapi lebih kepada perumahan yang berkualiti dan berpatutan yang memfokuskan golongan berpendapatan sederhana dan rendah dengan keutamaan iaitu penyediaan
perumahan yang selesa, kondusif dan mampu dimiliki.
Katanya, penghasil dasar ini adalah fasa pertama di dalam proses transformasi Dasar Perumahan Negeri Johor dimana fasa kedua sedang giat dijalankan, meliputi proses pindaan di luar Iskandar Malaysia, penggubalan Enakmen Perumahan Johor dan Penubuhan Lembaga Perumahan dan Hartanah negeri akan berfungsi sebagai badan perancang dan Penyelaras perumahan Johor.
Harga ditentukan pemaju, permintaan dan penawaran
“Saya sering diajukan persoalan daripada orang ramai adakah kerajaan tidak mengawal harga rumah sehingga menyebabkan harga hartanah melambung tinggi khususnya di bandar utama seperti di Johor Bahru dan Nusajaya.
“Jawapan nya adalah harga perumahan adalah ditentukan oleh pasaran berdasarkan amalan ekonomi bebas, ia bergantung kepada penawaran dan permintaan, jika harga hartanah mahal tetapi masih wujud permintaan kenaikan harga akan terus berlaku,”katanya.
Katanya, sehingga kini kerajaan telah membina 639 unit rumah teres dua tingkat di Taman Setia Indah melalui penswastaa yang dijual pada kadar RM110,000 dengan keluasan 110 kaki persegi.
“Bagaimanapun kita turut meletakkan syarat bagi pembeli yang berminat. Dengan syarat pendapatan isi rumah dibawah RM5,000 sebulan.
“Perumahan ini turut mendapat sambutan daripada pembeli, disebabkan jumlahnya melebihi daripada jumlah rumah yang dibina, kita membuat pemilihan secara undian,” katanya.
Kerajaan Negeri juga melalui projek penswastaan telah membina lebih banyak rumah mampu milik di Mutiara Rini, Skudai, jenis rumah teres dua tingkat, berkeluasan 850 kaki persegi sebanyak 308 unit berharga RM80,000 seunit.
Bagi projek berkenaan, sebanyak 724 unit rumah berkembar dengan keluasan 1500 kaki persegi berharga RM220,000 seunit turut ditawarkan. Bagaimanapun kerajaan negeri turut meletakkan syarat jumlah pendapatan isi rumah untuk membuat permohonan.
Beliau mengakui harga ditawarkan bagi projek perumahan mampu milik ternyata berbeza dengan harga pasaran semasa.
Selain membina projek perumahan mampu milik, kerajaan turut membina rumah bertingkat bagi kategori Projek Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan Johor Bahru dan Nusajaya. Ia bagi membolehkan golongan berkemampuan dapat tinggal di kediaman lebih selesa.
Bagi projek PPR kediaman ditawarkan adalah secara sewaan, namun pihak kerajaan persekutuan turut mencadangkan perumahan berkenaan di jual bagi membolehkan golongan kurang berkemampuan memiliki kediaman sendiri.
Pemaju untung 25 peratus
Harga setiap projek perumahan adalah bergantung kepada beberapa faktor termasuk bahan, harga tanah atau bersamaan ¾ daripada harga jualan setiap unit rumah. Walaupun harga jualan berdasarkan permintaan dan penawaran pasaran.
Pengurus Besar, Syarikat Pemaju Bandar Seri Alam yang juga anak syarikat UM Land Berhad, Frankie Tan berkata, purata keuntungan daripada hasil jualan perumahan adalah sebanyak 25 peratus bergantung kepada lokasi.
Selain kos pembinaan, bahan dan buruh, pemaju juga berhadapan dengan kenaikan harga tanah semasa menyebabkan harga rumah di kawasan Bandar seperti Johor Bahru dan Nusajaya.
“Kita akui harga rumah di kawasan berkenaan naik mendadak, bagaimanapun pemaju perlu mengambil kira faktor-faktor kos yang terpaksa ditanggung.
“Sebagai contoh projek di Setia Tropika, harga tanah ketika itu adalah RM8.50 sekaki, namun berdasarkan penilaian semasa harga setiap kaki meningkat lebih sekali ganda sehingga RM16.00 hingga RM17.00 sekaki, faktor berkenaan turut mempengaruhi harga rumah,” katanya.
Katanya, jika dahulu trend peningkatan harga berlaku selama 10 tahun, pada situasi semasa ia sukar diramalkan, kadangkala dalam masa 2 tahun ia mampu meningkat sehingga 50 peratus.
Sebagai contoh, di kawasan Permas Jaya, Johor Bahru. rumah teres dua tingkat dijual pada harga RM250,000 hingga RM280,000 pada tahun 2004 hingga 2005, harga semasa bagi kawasan itu dan jenis rumah sama mencecah RM300,000 keatas.
“Disebabkan seunit rumah baru mampu meningkat sehingga dua kali ganda, menyebabkan pembeli memilih untuk membeli rumah lama kerana perbezaan kenaikan harga hanya kira-kira 10 peratus.
“Untuk rumah teres dua tingkat harga semasa mencecah sehingga RM400,000, dan pembeli dianggarkan membayar ansuran kepada pihak bank sebanyak RM2600 hingga RM2700 sebulan,” katanya.
Franky mengakui terdapat kawalan bagi warga asing untuk membeli kediaman di negara ini, iaitu nilainya melebihi RM500,000 selain had jumlah daripada keseluruhan rumah yang ditawarkan.
Bagi rumah teres dua tingkat kuota ditetapkan untuk warga asing membeli kediaman adalah tidak melebihi 20 peratus, manakala Rumah berkembar berbandung tidak melebihi 30 peratus dan kurang 50 peratus bagi kediaman jenis banglo.
“Jika dibandingkan di beberapa Bandar utama di negara ini, harga rumah di Johor lebih rendah berbanding di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
“Harga rumah teres dua tingkat di Kuala Lumpur lebih tinggi sehingga 30 peratus berbanding Johor atau bersamaan RM600,000 seunit, manakala di Pulau Pinang mencecah RM700,000 seunit,” katanya.
Harga rumah mahal, khuatir Bumiputera tidak mampu
Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia, negeri, Ir Mahmood Amir mencadangkan supaya pihak kerajaan mengamalkan dasar kawalan harga bagi mengurangkan kenaikan ketara bagi memiliki kediaman di kawasan Bandar.
Menurutnya, kegiatan spekulator turut mempengaruhi harga rumah, jika ia tiada sekatan ia dikhuatiri menyebabkan golongan Bumiputera tidak mampu membeli kediaman di kawasan strategik seperti Johor Bahru dan Nusajaya.
Pembangunan di Nusajaya yang mampu menarik pelabur asing juga mempengaruhi harga tanah di kawasan itu dan lokasi berdekatan.
Malah peluang warga asing membeli kediaman menyebabkan ia turut melambung tinggi. Jika dibandingkan dengan mata wang sudah tentu pembeli asing masih menganggap kediaman di negara ini lebih murah daripada negara mereka sendiri.
“Melalui perbandingan pada tahun 2010, masih ada rumah teres yang dijual pada harga RM200,000. Namun pada harga semasa ia meningkat sehingga RM400,000 tidak mustahil jika tiada kawalan harga kediaman mampu melambung tinggi sehingga RM1 juta.
“Dari segi kemampuan sudah tentu golongan Bumiputera khususnya yang ‘makan gaji’ dengan pendapatan RM2,000 hingga RM3,000 tidak mampu membelinya,” katanya.
Kawalan kenaikan harga rumah amat penting supaya rakyat tempatan dapat membeli kediaman lebih selesa, jika tidak ramai yang hanya mampu membeli rumah kos rendah yang agak sempit berbanding kediaman teres.
Beliau berkata, mekanisme kawalan harga juga perlu supaya projek hartanah ini tidak didominasi oleh rakyat asing.
Minta kawal harga
Pemaju perumahan disaran mengutamakan keperluan rakyat tempatan berbanding memenuhi permintaan pembeli warga asing bagi memastikan kepentingan rakyat mendapatkan kediaman pada harga berpatutan tidak terpinggir.
Pengerusi Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM) Negeri Johor, S Nadarajan berkata, sejak kebelakangan ini lebih banyak kediaman mewah dibina di Johor berbanding rumah mampu milik.
“Pada pandangan saya pemaju hanya mengutamakan keuntungan dengan membina pelbagai bentuk kediaman mewah dan menjualnya pada harga yang terlalu mahal.
“Malah terdapat kediaman berkonsepkan kondominium dijual kepada warga asing pada harga tidak masuk akal hingga mencecah lebih RM1juta.
“Tetapi keperluan rakyat tempatan terpinggir kerana kebanyakan mereka terdiri dari golongan berpendapatan rendah dan sederhana tidak mampu memiliki kediaman yang semakin mahal,” katanya.
Nadarajan berkata, pihak berkuasa perlu mengawal fenomena kenaikan harga kediaman di negeri ini dan memastikan rakyat tidak terus terpinggir di tempat kelahiran sendiri.
“Saya turut menerima beberapa aduan berhubung isu ini dari pengguna yang merungut kerana tidak mampu memiliki kediaman yang semakin mahal sedangkan keluasan rumah yang ditawarkan pula semakin kecil.
“Pihak berkuasa perlu memandang serius mengenai perkara ini bagi memastikan pihak pemaju tidak menaikkan harga kediaman sewenang-wenangnya,” katanya.
Komuniti Blogger JB
www.johor.blogspot.com