JOHOR BAHRU 28 Jun – Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) yang menggabungkan aliran kebangsaan dan agama di bawah satu bumbung perlu diperbanyakkan di daerah ini kerana terdapat permintaan tinggi di kalangan ibu bapa.
Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Seri Shahrir Abdul Samad berkata, setakat ini hanya terdapat satu sekolah jenis itu di daerah ini walaupun jumlah murid yang hendak memasukinya setiap tahun adalah melebihi kuota ditetapkan.
“Ada ibu bapa yang tinggal jauh hingga dari Kulai hendak menghantar anak sekolah di sini.
“Kalau wujud keperluan maka saya rasa boleh dicadangkan akan diwujudkan lebih banyak sekolah mengikut sistem ini di Johor Bahru,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SRAB Johor Bahru dan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar di Taman Sri Tebrau di sini baru-baru ini.
Turut hadir guru besar sekolah itu, Zainab Harun dan Yang Dipertua PIBG, Mohd. Assabri Sidon.
Pada majlis tersebut, Shahrir mengumumkan bantuan untuk tahun 2010 sebanyak RM5,000 kepada sekolah tersebut.
Beliau berkata, sistem bersepadu itu digemari ibu bapa dan memudahkan murid-murid kerana sesi persekolahannya bermula pukul 8 pagi dan tamat pada 4 petang.
Menurutnya, pada tempoh sesi itu, murid-murid berpeluang mengikuti pelajaran aliran agama dan kebangsaan.
Selepas majlis itu, Shahrir menyampaikan hadiah kepada murid yang mendapat keputusan cemerlang pada tahun lalu dan kemudian meluangkan masa melawat bangunan dan kemudahan sekolah.
Dipetik dari Utusan Malaysia
Sepintas lalu
Komuniti Blogger JB www.johor.blogspot.com
Saya dapati banyak perbezaan diantara sekolah agama dan biasa. Tahap kebersihan dan disiplin di sekolah agama amat membimbangkan.
ReplyDeleteHarap maklum ye..
Sekolah yang amat bagus.perbanyakkan sekolah seumpama ini di johor bahru DAN wujudkan keseninambungannya hingga ke sek menengah srabjb.Amin
ReplyDeleteADA KEKURANGAN,ADA KELEBIHANNYA.TERUSKAN USAHA YANG MULIA INI,INSYAALLAH SRABJB AKAN MENJADI WADAH YANG TEPAT MELAHIRKAN INSAN MUKMIN YANG SEJATI.AMIN
ReplyDeleteTrimakasih SRABJB.......Syukran Jazillan
ReplyDeleteperbanyakan sekolah srab ini amat di sokong tetapi barisan pemimpin dan guru-guru hendaklah terdiri dari mereka2 yg layak berdasarkan kelulusan akedemik dan pengetahuan luas memandangkan sekolah seperti ini mempunyai 2 kurikulum ( KBSR dan KBSA ).ini bertujuan agar sekolah ini dapat melahirkan pelajar yg cemerlang.....dan mengelakkan dari berlakunya permasalahan dalam sistem pentadbiran yang mana banyak peristiwa dan masalah yg timbul sejak kebelakangan di sekolah srab ini...
ReplyDeleteKami dapati ada kekurangan dengan disiplin para pelajar. Kurang pemantauan kot.. mungkin kurang kaki-tangan..
ReplyDelete