Followers

Pilihan Anda!

Saturday, April 16, 2011

Johor Kini: Menang 48 kerusi, BN peroleh majoriti 2/3 di Saraw...

Johor Kini: Menang 48 kerusi, BN peroleh majoriti 2/3 di Saraw...: "Menang 48 kerusi, BN peroleh majoriti 2/3 di Sarawak 16/04/2011 10:13pmKUALA LUMPUR 16 April – Barisan Nasional (BN) berjaya memperoleh ma..."

JohorToday

Tuesday, April 12, 2011

HubHalal.com: Takrifan Halal

HubHalal.com: Takrifan Halal: "Takrifan Halal Takrifan Bagi tujuan prosedur ini, takrifan berikut adalah digunapakai: Pihak Berkuasa Yang Diiktiraf &nbsp..."

Monday, April 04, 2011

Portal Pendidikan Online - Skor A

Portal Pendidikan Online - Skor A

Benarkanlah anak-anak anak belajar melalui kaedah latih tubi secara online! Ia mungkin akan menarik minat anak-anak anda untuk mengulangkaji semua mata pelajaran yang telah diajarkan di sekolah rendah atau menengah.

- Guru Skor A

Sunday, April 03, 2011

Johor Kini: KEPUTUSAN ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2...

Johor Kini: KEPUTUSAN ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2...: "Senarai penuh Top 5 untuk kategori-kategori Anugerah Bintang Popular Berita Harian Pengacara TV Lelaki Popular 1. Ally Iskandar 2...."

JohorToday

Sunday, March 27, 2011

Thursday, March 10, 2011

ezad decor 012-7222381: Hantaran Pertunangan Faiz & Zetty Hayat

ezad decor 012-7222381: Hantaran Pertunangan Faiz & Zetty Hayat: "Hantaran Faiz untuk Zetty ....dengan tema hitam dan putih Cincin Dalam Sangkar  Sejadah dan Telekung  Kek Coklat  ..."

JohorToday

Tuesday, March 01, 2011

Johor Kini: MASJID CINA TARIK PELANCONG - MACMA

Johor Kini: MASJID CINA TARIK PELANCONG - MACMA: "KUALA LUMPUR 28 Feb. – Masjid Cina Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) yang bakal didirikan di Jalan Davis di sini, berpotensi menarik ..."

Sunday, February 20, 2011

RISA CUPCAKES AND BAKERY - Risa Recipe: Kek Cawan Kumbang LadyBird..

RISA CUPCAKES AND BAKERY - Risa Recipe: Kek Cawan Kumbang LadyBird..: "Thanks to Shida.. Risa Cup Cakes and Bakery Skudai Johor Bahru http://www.iklan.hubhalal.com www.cupcakes.hubhalal.com"

JohorToday

Thursday, February 03, 2011

RISA CUPCAKES AND BAKERY - Risa Recipe: Royal King II Chocolate Ganache

RISA CUPCAKES AND BAKERY - Risa Recipe: Royal King II Chocolate Ganache: "Risa Cup Cakes and Bakery Skudai Johor Bahru http://www.iklan.hubhalal.com www.cupcakes.hubhalal.com"

Risa Cup Cakes and BakerySkudai Johor Bahruhttp://www.iklan.hubhalal.comwww.cupcakes.hubhalal.com

Monday, January 24, 2011

1Johor: Lebuh Raya Pasir Gudang dinaik taraf

1Johor: Lebuh Raya Pasir Gudang dinaik taraf: "JOHOR BAHRU 14 Nov. - Kerajaan akan menaik taraf Lebuh Raya Pasir Gudang daripada empat menjadi enam lorong pada tahun depan dengan kos RM15..."

Komuniti Blogger JBwww.johor.blogspot.com

Johor Kini: Berita Harian Online

Johor Kini: Berita Harian Online: "h1 a:hover {background-color:#888;color:#fff ! important;} div#emailbody table#itemconten..."

JohorToday

Saturday, January 22, 2011

Sunday, January 02, 2011

Perbanyakkan sekolah SRAB di Johor Bahru




JOHOR BAHRU 28 Jun – Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) yang menggabungkan aliran kebangsaan dan agama di bawah satu bumbung perlu diperbanyakkan di daerah ini kerana terdapat permintaan tinggi di kalangan ibu bapa.
Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Seri Shahrir Abdul Samad berkata, setakat ini hanya terdapat satu sekolah jenis itu di daerah ini walaupun jumlah murid yang hendak memasukinya setiap tahun adalah melebihi kuota ditetapkan.
“Ada ibu bapa yang tinggal jauh hingga dari Kulai hendak menghantar anak sekolah di sini.
“Kalau wujud keperluan maka saya rasa boleh dicadangkan akan diwujudkan lebih banyak sekolah mengikut sistem ini di Johor Bahru,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SRAB Johor Bahru dan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar di Taman Sri Tebrau di sini baru-baru ini.
Turut hadir guru besar sekolah itu, Zainab Harun dan Yang Dipertua PIBG, Mohd. Assabri Sidon.
Pada majlis tersebut, Shahrir mengumumkan bantuan untuk tahun 2010 sebanyak RM5,000 kepada sekolah tersebut.
Beliau berkata, sistem bersepadu itu digemari ibu bapa dan memudahkan murid-murid kerana sesi persekolahannya bermula pukul 8 pagi dan tamat pada 4 petang.
Menurutnya, pada tempoh sesi itu, murid-murid berpeluang mengikuti pelajaran aliran agama dan kebangsaan.
Selepas majlis itu, Shahrir menyampaikan hadiah kepada murid yang mendapat keputusan cemerlang pada tahun lalu dan kemudian meluangkan masa melawat bangunan dan kemudahan sekolah.
Dipetik dari Utusan Malaysia

Sepintas lalu

Sekolah Rendah Agama Bersepadu Johor Bahru atau lebih dikenali dengan nama SRAB JB telah ditubuhkan pada tahun 1999 bertempat di Jalan Kerambit, Taman Sri Tebrau. Memulakan operasi dengan hanya dua bilik darjah iaitu seramai 80 orang murid Tahun 1, tenaga pengajar SRAB JB mengorak langkah sebagai satu institusi pendidikan alternatif kepada ibu bapa dan penjaga yang menginginkan perkembangan anak-anak dari aspek duniawi dan ukhrawi yang digarap dalam satu corak pendidikan yang bersepadu.



Komuniti Blogger JB www.johor.blogspot.com

Tuesday, December 28, 2010

RISA CUPCAKES AND BAKERY - Risa Recipe: Chocolate Moist CupCakes / Kek Cawan Coklat Lembab...

RISA CUPCAKES AND BAKERY - Risa Recipe: Chocolate Moist CupCakes / Kek Cawan Coklat Lembab...: "Chocolate Moist CupCakes / Kek Cawan Coklat Lembab - Maroon/peach theme - risa recipe - Kek hantaran Risa Cup Cakes and Bakery Skudai Jo..."

JohorToday

Wednesday, October 20, 2010

Jerebu: Bilangan ‘hotspot’ meningkat di Sumatera

PUTRAJAYA - Sepanjang tempoh 24 jam lalu, bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) dari 51 buah stesen pengawasan kualiti udara Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang direkodkan pada jam 11.00 pagi, 18 Oktober 2010 mencatatkan 23 kawasan berada pada tahap baik dan 27 kawasan berada pada tahap sederhana dan 1 kawasan berada pada tahap tidak sihat (maklumat terperinci bacaan IPU mengikut lokasi-lokasi stesen pengawasan adalah seperti yang dilampirkan).

Berdasarkan laporan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, jarak penglihatan sehingga pukul 12.00 tengahari, 18 Oktober 2010 di beberapa kawasan tertentu seperti Batu Pahat, Muadzam Shah, Ipoh, Melaka, Temerloh dan Kuantan sedikit merosot kepada 3 km hingga 7 km.

Kemerosotan kualiti udara mula dikesan semenjak 16 Oktober 2010 iaitu di sekitar jam 12.00 tengahari dan berterusan sehingga sekarang di beberapa kawasan seperti di Utara Johor, Negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Negeri Selangor.

Laporan satelit yang dikeluarkan oleh “ASEAN Specialised Meteorological Centre” menunjukkan peningkatan bilangan titik panas (hotspot) di Sumatera, Indonesia pada 17 Oktober 2010 iaitu sebanyak 244 titik panas (hotspot), berbanding 80 titik panas (hotspot) yang dikesan pada 16 Oktober 2010.

Imej satelit NOAA-18 pada 17 Oktober 2010 juga menunjukkan terdapat pergerakan asap jerebu (smoke plume) dari kawasan-kawasan kebakaran di Wilayah Riau, Wilayah Sumatera Selatan dan Wilayah Jambi, Sumatera, Indonesia ke Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Oleh yang demikian, keadaan berjerebu yang dialami terutamanya di sekitar kawasan Utara Johor, Negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Negeri Selangor ini adalah disebabkan oleh pencemaran jerebu merentas sempadan dari Sumatera, Indonesia.

Orang ramai terus dinasihatkan supaya tidak melakukan atau menyebabkan pembakaran terbuka. Orang ramai juga diminta berkerjasama untuk memadam kebakaran-kebakaran kecil dan juga melaporkan kes-kes pembakaran terbuka kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 dan Jabatan Alam Sekitar di talian bebas tol, 1-800-88-2727. - Bernama


Komuniti Blogger JB

Sunday, August 22, 2010

ISKANDAR DEVELOPMENT REGION





Komuniti Blogger JB

Zakat Fitrah Johor

JOHOR BAHRU 4 Ogos - Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) menetapkan dua kadar bayaran zakat fitrah bagi umat Islam di negeri ini iaitu RM5 atau RM7.50 seorang untuk tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIJ, A. Rahman Jaffar berkata, penetapan kadar zakat fitrah tersebut adalah mengambil kira harga semasa beras yang dimakan oleh umat Islam di negeri ini.

Menurutnya, kadar fitrah bagi RM5 seorang adalah untuk umat Islam yang memakan beras gred hancur iaitu yang berharga RM1.80 sekilogram manakala mereka yang memakan beras super, maka kadar fitrahnya ialah RM7.50 seorang.

“Umat Islam boleh mula membayar zakat tersebut mulai 1 Ramadan sehingga sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri, tetapi diingatkan agar menunaikan dengan seawal mungkin dan tidak menunggu pada saat-saat akhir.

“Selain itu, umat Islam juga diingatkan agar membayar zakat fitrah kepada amil yang dilantik MAIJ sahaja,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jelas A. Rahman, dua kadar tersebut adalah sama dengan kadar yang dilaksanakan tahun lalu.

Beliau berkata, pihaknya akan mengedarkan pekeliling ‘Panduan Membayar Zakat Fitrah Tahun 1431 Hijrah/2010 Masihi’, dalam tempoh terdekat ke pejabat agama daerah, masjid-masjid dan surau-surau di seluruh negeri ini.

Menurutnya, umat Islam yang bermukim di negeri ini wajib membayar zakat fitrah di Johor kepada amil-amil bertauliah yang dilantik MAIJ dan resit penerimaan akan dikeluarkan oleh amil berkenaan.

A. Rahman berkata, bagi membolehkan pembahagian zakat fitrah kepada fakir miskin dilakukan sebelum Aidilfitri dan sebagai peringatan supaya menyegerakan pembayaran zakat fitrah, maka dikehendaki kerjasama umat Islam supaya mengeluarkan fitrah lebih awal iaitu mulai awal Ramadan sebagaimana yang diharuskan oleh syarak.

Beliau menjelaskan, umat Islam yang enggan membayar zakat fitrah dengan sengaja adalah satu kesalahan di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor (1997).

Katanya, mereka yang ingkar boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya jika disabit kesalahan itu.

Jelasnya, mana-mana individu yang memungut zakat atau fitrah tanpa mendapat tauliah sebagai amil dari MAIJ, adalah melakukan suatu kesalahan.

“Jika disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Komuniti Blogger JB

Friday, July 23, 2010

Score A SPM Percuma!

Macam tidak percaya! Ada program Skor A percuma.. sedekah untuk mendapat pahala..
Bagi para pelajar yang sedang bertungkus-lumus membuat latihan menghadapai peperiksaan tidak lama lagi, bolehlah mencuba program skor A ini sementara peluang masih ada..

Sila layari
http://www.facebuku.nbi.com.my/scoreA

Selamat berjaya!

Komuniti Blogger JB

JB Search

Custom Search

JB World

JOHOR KINI

JOHOR KINI
Johor Kini

Johor Bahru Map

Marilah Blog!

Dunia Kini

free counters