Followers

Pilihan Anda!

Showing posts with label johor. Show all posts
Showing posts with label johor. Show all posts

Tuesday, October 04, 2016

Perkara Penting Sebelum Memulakan Kerja Ubahsuai Rumah di Johor Bahru

Tahukah anda ada beberapa perkara penting yang perlu diselesaikan sebelum memulakan kerja-kerja ubahsuai rumah anda?

1. Membuat kira-kira mengikut kadar kemampuan kewangan yang ada.

- Berapakah bajet yang ada di dalam simpanan anda? Adakah memang sudah ada perancangan bagi projek renovasi sebelum ini? Adakah perkara-perkara lain yang lebih penting dalam penggunaan wang yang disimpan?

2. Saiz renovasi yang mahu dibuat itu merupakan keperluan atau kehendak?

3. Perlu mengikut undang-undang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti MBJB, MPJBT, MPKu, MDP, MPPG dan MDKT.

4. Siapakah yang perlu panggil untuk memulakan perancangan kerja-kerja renovasi ini?

- Orang yang paling penting untuk bertemu adalah perunding Akitek atau Pelukis Pelan. Pelan rumah amat diperlukan untuk menentukan saiz dan bentuk renovasi yang diperlukan. Dengan adanya pelan rekabentuk rumah tersebut maka dapatlah digunakan untuk perbincangan seterusnya dengan pihak kontraktor.


#pelukis pelan #arkitek #interior #renovation #Johor Bahru #lukis #perunding

Sponsored Link:  http://www.facebook.com/senibina
Komuniti Blogger JB www.johor.blogspot.com

Sunday, January 02, 2011

Perbanyakkan sekolah SRAB di Johor Bahru




JOHOR BAHRU 28 Jun – Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) yang menggabungkan aliran kebangsaan dan agama di bawah satu bumbung perlu diperbanyakkan di daerah ini kerana terdapat permintaan tinggi di kalangan ibu bapa.
Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Seri Shahrir Abdul Samad berkata, setakat ini hanya terdapat satu sekolah jenis itu di daerah ini walaupun jumlah murid yang hendak memasukinya setiap tahun adalah melebihi kuota ditetapkan.
“Ada ibu bapa yang tinggal jauh hingga dari Kulai hendak menghantar anak sekolah di sini.
“Kalau wujud keperluan maka saya rasa boleh dicadangkan akan diwujudkan lebih banyak sekolah mengikut sistem ini di Johor Bahru,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SRAB Johor Bahru dan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar di Taman Sri Tebrau di sini baru-baru ini.
Turut hadir guru besar sekolah itu, Zainab Harun dan Yang Dipertua PIBG, Mohd. Assabri Sidon.
Pada majlis tersebut, Shahrir mengumumkan bantuan untuk tahun 2010 sebanyak RM5,000 kepada sekolah tersebut.
Beliau berkata, sistem bersepadu itu digemari ibu bapa dan memudahkan murid-murid kerana sesi persekolahannya bermula pukul 8 pagi dan tamat pada 4 petang.
Menurutnya, pada tempoh sesi itu, murid-murid berpeluang mengikuti pelajaran aliran agama dan kebangsaan.
Selepas majlis itu, Shahrir menyampaikan hadiah kepada murid yang mendapat keputusan cemerlang pada tahun lalu dan kemudian meluangkan masa melawat bangunan dan kemudahan sekolah.
Dipetik dari Utusan Malaysia

Sepintas lalu

Sekolah Rendah Agama Bersepadu Johor Bahru atau lebih dikenali dengan nama SRAB JB telah ditubuhkan pada tahun 1999 bertempat di Jalan Kerambit, Taman Sri Tebrau. Memulakan operasi dengan hanya dua bilik darjah iaitu seramai 80 orang murid Tahun 1, tenaga pengajar SRAB JB mengorak langkah sebagai satu institusi pendidikan alternatif kepada ibu bapa dan penjaga yang menginginkan perkembangan anak-anak dari aspek duniawi dan ukhrawi yang digarap dalam satu corak pendidikan yang bersepadu.



Komuniti Blogger JB www.johor.blogspot.com

Sunday, August 22, 2010

ISKANDAR DEVELOPMENT REGION





Komuniti Blogger JB

Zakat Fitrah Johor

JOHOR BAHRU 4 Ogos - Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) menetapkan dua kadar bayaran zakat fitrah bagi umat Islam di negeri ini iaitu RM5 atau RM7.50 seorang untuk tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIJ, A. Rahman Jaffar berkata, penetapan kadar zakat fitrah tersebut adalah mengambil kira harga semasa beras yang dimakan oleh umat Islam di negeri ini.

Menurutnya, kadar fitrah bagi RM5 seorang adalah untuk umat Islam yang memakan beras gred hancur iaitu yang berharga RM1.80 sekilogram manakala mereka yang memakan beras super, maka kadar fitrahnya ialah RM7.50 seorang.

“Umat Islam boleh mula membayar zakat tersebut mulai 1 Ramadan sehingga sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri, tetapi diingatkan agar menunaikan dengan seawal mungkin dan tidak menunggu pada saat-saat akhir.

“Selain itu, umat Islam juga diingatkan agar membayar zakat fitrah kepada amil yang dilantik MAIJ sahaja,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jelas A. Rahman, dua kadar tersebut adalah sama dengan kadar yang dilaksanakan tahun lalu.

Beliau berkata, pihaknya akan mengedarkan pekeliling ‘Panduan Membayar Zakat Fitrah Tahun 1431 Hijrah/2010 Masihi’, dalam tempoh terdekat ke pejabat agama daerah, masjid-masjid dan surau-surau di seluruh negeri ini.

Menurutnya, umat Islam yang bermukim di negeri ini wajib membayar zakat fitrah di Johor kepada amil-amil bertauliah yang dilantik MAIJ dan resit penerimaan akan dikeluarkan oleh amil berkenaan.

A. Rahman berkata, bagi membolehkan pembahagian zakat fitrah kepada fakir miskin dilakukan sebelum Aidilfitri dan sebagai peringatan supaya menyegerakan pembayaran zakat fitrah, maka dikehendaki kerjasama umat Islam supaya mengeluarkan fitrah lebih awal iaitu mulai awal Ramadan sebagaimana yang diharuskan oleh syarak.

Beliau menjelaskan, umat Islam yang enggan membayar zakat fitrah dengan sengaja adalah satu kesalahan di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor (1997).

Katanya, mereka yang ingkar boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya jika disabit kesalahan itu.

Jelasnya, mana-mana individu yang memungut zakat atau fitrah tanpa mendapat tauliah sebagai amil dari MAIJ, adalah melakukan suatu kesalahan.

“Jika disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Komuniti Blogger JB

Thursday, June 04, 2009

Persada Johor






DESIGN CONCEPTS


The New Jewel at the Southern Gateway to Malaysia
The architectural concept for the Persada Johor International Convention Centre draws its inspiration from historical elements of Johor and incorporates modern features so as to exude a sense of strength and integrity without compromising on functionality. It is designed to fill the critical need for an international standard Exhibition and Convention Centre in Johor and to advance Johor's progress into the 21st century.
Appropriately, the word "Persada" is a Malay word denoting a place that has layers or steps for a member of the royalty to sit on to conduct official matters; or a stage where a contest is conducted; or a garden for pleasure or for rest.
Persada Johor takes this concept to the next level by providing today's discerning event organisers and international clientele with a modern day venue packed with the latest technological advancements and a contemporary sophistication.

Progressive Architecture


The architecture of the Persada Johor International Convention Centre is a clear acknowledgement of Johor's rich cultural heritage. The exterior is embellished with "Khat" Islamic writings, while its unique roof is shaped after the state ruler's official hat, a symbol of creativity, practicality and nobility.


The Convention Centre complex sits on a 2.43 ha (6 acres) site with a built-up area of 1.69 ha (4.2 acres) and 29 function rooms totalling 8,296 sq. metres (89,292 sq.ft.) There is also provision for a total of 9 retail shops and food & beverage outlets. The remaining land area features a multi-level parking complex accommodating 1,600 car-park spaces and 80 bus bays.
The complex comprises two main levels and two intermediate floors. The upper level houses the Convention Hall while the lower level is designated for the Exhibition Centre. The complex also accommodates a mini Royal Military Museum, the first of its kind in Malaysia, which will showcase the proud history of the Royal Johor Military Force.


Komuniti Blogger JB

JB Search

Custom Search

JB World

JOHOR KINI

JOHOR KINI
Johor Kini

Johor Bahru Map

Marilah Blog!

Dunia Kini

free counters