Followers

Pilihan Anda!

Tuesday, November 01, 2011

Taman perling kini lebih nilai bila ada projek Nusajaya

Laluan trafik semakin sibuk!
Architect Online97 PLANlulus.com

Wednesday, October 26, 2011

Monday, October 24, 2011

Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim: Pelaburan — JB Sentral bertaraf antarabangsa

Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim: Pelaburan — JB Sentral bertaraf antarabangsa:

JB Sentral bertaraf antarabangsa

JOHOR BAHRU 4 Ogos - JB Sentral yang dirasmikan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar baru-baru ini merupakan mercu tanda baru bagi bandar raya Johor Bahru.

Ia merupakan hab pengangkutan awam dan kereta api bertaraf antarabangsa yang penting bagi meningkatkan lagi pembangunan negeri terutama wilayah Iskandar Malaysia.

Malahan, bangunan tersebut yang dilengkapi kemudahan kelas pertama itu turut menjadi lambang kemajuan dan potensi negeri ini untuk memenuhi matlamat dan arah tuju Program Transformasi Kerajaan ke arah mencapai Wawasan2020.

Dengan beroperasinya JB Sentral, maka satu lagi projek ikonik dan komponen penting dalam pembangunan sekitar Tambak Johor berjaya dilaksanakan untuk manfaat bukan sahaja kepada rakyat negara ini khususnya penduduk Johor Bahru, bahkan kepada warga asing khususnya rakyat Singapura.

Tambak Johor yang menjadi salah satu pintu masuk ke tanah air kini ditingkatkan lagi imejnya dengan operasi JB Sentral yang dilengkapi dengan kemudahan moden dan selesa.

“JB Sentral bukan sahaja menjadi stesen transit awam dan hab terminal pengangkutan kereta api yang setanding Kuala Lumpur Sentral bahkan menjadi hab pengangkutan kereta api antarabangsa.

“Bangunan ini akan menjadi pusat sehenti kerana selain menjadi terminal pengangkutan awam dan kereta api.

“Rakyat juga boleh memanfaatkan perniagaan komersial dan berurusan di lapan jabatan kerajaan dan swasta yang terdapat dibangunan ini,” kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa merasmikan JB Sentral di sini, baru-baru ini.

JB Sentral menjadi sebahagian projek pembangunan Gerbang Selatan Bersepadu yang merangkumi pembinaan Bangunan Sultan Iskandar pada 2003 itu, juga dilengkapi kemudahan kelas pertama untuk orang ramai.

Ia menempatkan ruang perniagaan komersial yang dapat menyediakan peluang pekerjaan baru kepada orang ramai seterusnya meningkatkan pendapatan individu.

Kerajaan dijangka mendapat pulangan RM3.6 juta setahun hasil daripada sewaan ruang pejabat dan ruang niaga yang kemudian boleh digunakan bagi membangunkan infrastruktur kepada rakyat pada masa akan datang.

“JB Sentral dijangka dapat mengurangkan dan mempermudahkan aliran trafik di pusat perdagangan bandar raya ini.

“Bangunan yang dilengkapi dengan 726 tempat letak kereta, 18 lot ruang niaga dan 30 kios ini akan menjadikan bangunan ini sebagai kawasan perhentian utama bagi pengguna yang berulang alik ke Singapura dan Malaysia,” katanya.


'via Blog this'

JohorToday

Wednesday, October 19, 2011

SEPAH DI TASIK MERDEKA JOHOR BAHRU

Sepah kini sedang bikin video klip dan filem di Kolam Air

Architect Online97 PLANlulus.com

Kad PPAJ wajib ada bagi setiap keluarga warga Johor Bahru.

Architect Online97 PLANlulus.com

Tanamkan sikap cinta membaca bermula dari sekolah tadika dan taska

Syabas diucapkan kepada pihak tadika dan taska yang kerap mengadakan aktiviti membaca buku di Perbadanan Perpustakaan Awam Johor

Architect Online97 PLANlulus.com

Sunday, October 16, 2011

Hutan bandar mutiara rini mpjbt

Tahap kesedaran orang ramai untuk menjaga kebersihan adalam amat mengecewakan.

Architect Online97 PLANlulus.com

Saturday, October 15, 2011

Monday, October 10, 2011

Johor Kini: Harga emas 999, 916, 750, malaysia 2011 | Harga Em...

Johor Kini: Harga emas 999, 916, 750, malaysia 2011 | Harga Em...: Harga emas 999, 916, 750, malaysia 2011 | Harga Emas Malaysia : 'via Blog this' Komuniti Blogger JBwww.johor.blogspot.com

JohorToday

JB Search

Custom Search

JB World

JOHOR KINI

JOHOR KINI
Johor Kini

Johor Bahru Map

Marilah Blog!

Dunia Kini

free counters