Followers

Pilihan Anda!

Tuesday, April 01, 2014

DIEGO GRACIA PASTI SUDAH TAHU RAHSIA DIMANA MH370

SHAH ALAM - Radar ketenteraan milik Amerika Syarikat di Diego Garcia mampu menjejaki pesawat MH370 sekiranya lokasi penerbangan terakhir adalah di Lautan Hindi.

Pakar Kejuruteraan Penerbangan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Rizal Effendy Mohd Nasir berkata, radar jenis Active Electronically Scanned Array (AESA) yang digunakan di pangkalan ketenteraan itu dipercayai boleh mengesan sebarang isyarat atau objek walaupun ianya bersaiz kecil.

“Radar itu boleh mengesan sesuatu pesawat atau kapal yang berada ribuan meter diatas udara mahupun laut beserta dengan jenisnya, kelajuan dan sebagainya,” katanya.

Menurutnya, setiap kapal dan pesawat yang terdapat dipengkalan ketenteraan terbabit juga dilengkapi dengan radar pertahanan udara.

“Bukan sekadar pesawat atau kapal perang, kapal minyak mereka di Diego Garcia juga dilengkapi dengan kecanggihan radar yang mampu mengesan objek beribu-ribu kilometer jauhnya termasuk apa yang terkandung didasar lautan Hindi,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Dr Rizal berkata, dirinya berkeyakinan penuh setiap kemudahan dan peralatan ketenteraan yang terdapat di Diego Garcia berfungsi untuk menangani sebarang pencerobohan daripada anasir luar.

“Perkara itu sememangnya menimbulkan persoalan besar. Mustahil MH370 tidak dikesan oleh tentera Amerika Syarikat sekiranya lokasi terakhir yang dikesan adalah lautan Hindi,” katanya.

Sementara itu, Pakar Penerbangan, Leftenan Kolonel (B) Mohamed Tarmizi Ahmad berkata, sebilangan besar aset yang berada dipangkalan tentera Amerika Syarikat itu dilihat dapat membantu sekaligus menjayakan misi pencarian pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi.

“Secara dasarnya mereka mampu. Mereka mempunyai kapal terbang dan kapal laut yang boleh bergerak dengan pantas. Ia juga menggunakan teknologi terkini dan canggih.

“Harus diingat bahawa peralatan ini digunakan bagi mencari logam yang besar di bawah laut. Ia juga boleh membantu mengesan logam pesawat,” katanya.

Selain itu, katanya, radar jenis Over The Horizon (OTH) merupakan antara radar yang dimiliki Amerika Syarikat selain disifatkan boleh membantu mengesan MH370.

“Saya tak melihat ianya radar yang paling canggih namun radar jenis ini banyak dipakai oleh tentera Amerika Syarikat dan Britain. Isyarat daripada radar ini dikatakan mampu mengesan objek sejauh 200 batu nautika,” katanya.

Tuesday, March 18, 2014

Fikirlah Positif Tentang Kapten Juruterbang MH370 - The Right Actions

Positif: Juruterbang cuba buat pendaratan cemas namun tidak dapat melalukannya kerana masalah teknikal dan terpaksa meneruskan penerbangan sambil mencari alternatif yang ada.. tiada rampasan dan tiada niat yang tidak baik oleh Juruterbang yang dikenali sebagai seorang yang penuh pengalaman dan sangat positif dalam karear..

http://www.wired.com/autopia/2014/03/mh370-electrical-fire/

Ustaz Harun Din berpesan tentang MH370

Dr Harun Din Mula Bersuara Mengenai MH 370

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/2/29/Haron_Din.jpgIni antara Intipati Kuliah yang disampaikan oleh beliau selepas solat Maghrib di sebuah masjid:

1.Kembali kepada cara hidup islam. Sistem Islam, kembali kepada Allah.
Insaflah yang kita sedang diuji Allah.

2.Air di empangan makin kurang. 3/4 Malaysia berjerebu dan terbaru MH370. Berpuluh-puluh kapal dan aircrafts cari pun tak jumpa. Allah nak ajar manusia bahawa ilmu kita ni sangat sedikit berbanding ilmu Allah.

3.Kalau diambil seluruh lautan dan seluruh pokok dan tumbuhan hingga habis untuk dijadikan tinta, masih tak mampu nak menulis kalimah Allah. Apatah lagi ilmuNya.

4.Beliau(Dr Harun Din) bacakan ayat quran ..jangan makan dan minum yang haram…maka kalau kita langgar ..mengundang kemurkaan Allah lalu Allah akan turun bala.

5.Apa yang berlaku pada MH370 jadikan Malaysia tumpuan seluruh dunia. Allah malukan kita dengan peristiwa tikar terbang sehingga Arab Saudi kata kita biarkan syirik berleluasa. Memang itu yang berlaku sebenarnya… Allah hina negara kita dengan peristiwa macam ni.

6.Majoriti manusia tak melihat peristiwa yang berlaku dengan mata hati bukan mata kasar. Mata hati kita buta kerana banyak maksiat dan syirik. Allah ingatkan kita..kembali padaNya..pohon maaf..insaf.

7.Bila dah 3 ke 4 hari tak jumpa baru nak ingat Allah.. Baru nak solat hajat. Bagi yang terang mata hati..terus baca innalillahi wainna ilaihirojiuun sewaktu awal-awal peristiwa berlaku.

8.Beliau(Dr Harun din) mengeluarkan pendapat ikut pengalaman, beliau melihat Saudi Airline dan Brunei amat menekankan kepada juruterbang mereka bacaan doa(bagi yang muslim) sebelum melakukan penerbangan.

9.Kenapa kita tak berserah pada Allah dalam setiap permulaan perjalanan? Di malaysia ni..banyak sangat orang Islam percaya perkara khurafat..bomoh dah jadi kelaziman hinggakan orang buat tikar terbang di KLIA pun tiada orang Islam yang menghalang… Hingga 1 dunia tengok kebodohan dan kesyirikan yang berlaku di negara kita… Lihat dengan mata hati…itu penghinaan Allah pada kita.

Diolah semula oleh penulis asal
mike69 at 08:39

http://daisyteapot.blogspot.com/2014/03/dr-harun-din-mula-bersuara-mengenai-mh.html?showComment=1395179149129&m=1#c3528024975025424710

Saturday, March 08, 2014

Ada yang menagatakan kesan tumpahan minyak telah dijumpai sepanjang 20km di lautan. Siapa 2 warga bersama Passport palsu itu?

Kapal tersebut dikatakan hilang dalam radar di 153 batu di selatan Pulau Phu Quoc dengan ketinggian 35000 kaki.

Ada sumber mengatakan ada 2 penumpang yang memiliki dokumen passport palsu?

Masih menjadi misteri...







Komuniti Blogger JB
www.johor.blogspot.com

Friday, March 07, 2014

Pesawat MAS hilang belum dijumpai. Kami cuba cari senarai penumpang.

10.00am
SEPANG: Malaysia Airlines mengesahkan penerbangan MH370 yang berlepas dari Kuala Lumpur terputus hubungan dengan menara kawalan udara Subang, 2.40 pagi ini.
Pesawat B777-200 itu berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam tadi untuk penerbangan ke Beijing.
Ia dijadualkan mendarat pada jam 6.30 pagi tadi.
Pesawat itu membawa 227 penumpang termasuk 2 bayi dan 12 anak kapal.
Malaysia Airlines kini bekerjasama dengan pihak berkuasa dan pasukan mencari dan menyelamat sedang mencari pesawat ini.
Orang ramai boleh menghubungi +603 7884 1234 untuk mendapat maklumat lanjut.
http://www.hmetro.com.my/articles/PesawatMAShilang/Article?mutakhir



Sunday, January 26, 2014

Monday, January 13, 2014

KERABU CORNER U-MALL GIANT PULAI UTAMA


KERABU CORNER U-MALL GIANT PULAI UTAMA




Komuniti Blogger JB www.johor.blogspot.com

Thursday, December 19, 2013

Bandar Jaya Putra

Bandar Jaya Putra terletak bersebelahan dengan Taman JP Perdana di Johor Bahru. Jika nama 'bandar' digunakan bagi sebuah taman maka ia pastilah berada di dalam satu kawasan yang luas. Seperti Bandar Baru Uda, Bandar Dato' Onn dan lain-lain merupakan taman perumahan yang besar dan berkapasiti penduduk yang ramai.

Tuesday, April 23, 2013

MRT SG. Buloh - kini maju dan hebat

Laluan pertama MRT Sg. Buloh – Kajang dijangka siap ikut jadual ABN News | BM

Laluan pertama MRT Sg. Buloh – Kajang dijangka siap ikut jadual

21 FEB 2013 04:41PM

KUALA LUMPUR – Laluan pertama My Rapid Transit (MRT) Sungai Buloh-Kajang dijangka siap mengikut jadual pada Jun 2017.

Dengan tujuh peratus landasan telah siap dibina setakat ini, Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit Corp Bhd (MRT Corp) Datuk Azhar Abdul Hamid berkata kemajuannya dijangka berjalan lancar di masa depan.

“Mustahak bagi kami untuk menyiapkan projek ini tepat pada masa dalam kos yang ditetapkan. Kami tidak boleh membuat sebarang kesilapan.”

“Baki 18 pakej bagi Laluan 1 dijangka diberikan sepenuhnya pada suku pertama tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas majlis permeterian Memorandum Persefahaman (MoU) antara MRT Corp dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) hari ini.

Tanah Melayu Sg. Buloh 2010

Pejuang Tempatan: Kisah Melayu dan Tanah Melayu . . .

Apa khabar Sg. Buloh 2013?

Thursday, April 18, 2013

Tanda-Tanda Sakit Jantung

Lidah atau gusi menjadi bengkak atau sakit –berkemungkinan jantung kita ada masalah seperti lemak berlebihan, Injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat.

2. Terasa kebas tangan kiri dan juga lengan – Jika sakitnya berpanjangan pada lengan tangan kiri ada kemungkinan anda akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat. (Bagi perempuan sakit terasa pada kedua-dua belah tangan)

3. Lidah terasa tegang dan pendek.

4. Rasa seronok teruja atau rasa bimbang tiba-tiba tanpa sebab.

5. Rasa sakit pada dada (Ulu hati sedikit ke sebelah kiri) –biasanya terasa seperti dada sedang dihempap oleh benda berat.

6. Daripada sakit dada rasa sakit mula merebak pada tangan, lengan, tengkok, belakang, abdomen dan rahang

7. Rasa tidak selesa pada dada seperti dipam angin penuh, atau rasa pedih.

8. Batuk tiba-tiba dan berpanjangan atau terasa ada kahak dan sentiasa mahu berdehem.

9. Rasa kepala berpusing tidak seimbang.

10. Rasa keletihan sepanjang masa.

11. Rasa meloya dan tidak ada selera makan.

12. Degupan jantung tidak menentu.

13. Nafas terasa pendek.

14. Berpeluh dengan tiba-tiba walaupun sedang duduk rehat atas kerusi.

15. Membengkak pada bahagian seperti sendi-sendi di kaki atau abdomen.

16. Saat-saat paling hampir pada serangan jantung biasanya membawa kepada keletihan atau tidak maya yang teruk.

Kepantasan anda mendapatkan rawatan mampu menyelamatkan nyawa anda…

Sumber: Wartashubhi | Koleksi Artikel Kesihatan Melayukini.net

Thursday, April 11, 2013

Majlis Konvokesyen UTM Ke 50

MAJLIS KONVOKESYEN KE-50 UTM







Berikutan dengan Pilihanraya Umum ke-13 pada 5 Mei 2013, Universiti Teknologi Malaysia telah membuat keputusan untuk meminda tarikh Majlis Konvokesyen ke-50 UTM kepada 7 Mei 2013

Maklumat Raptai Majlis Konvokesyen ke-50 UTM adalah seperti berikut:
Tarikh : 6 Mei 2013 (Isnin)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Sultan Iskandar UTM, Johor Bahru, Johor


MAKLUMAN KEPADA SEMUA GRADUAN!
Surat jemputan kepada para graduan akan diposkan mulai 8 April 2013

PERHATIAN: Semua graduan adalahh DIWAJIBKAN menghadiri Raptai Majlis seperti maklumat di atas."

Nama Hotel
Telefon *
Anggaran Jarak
Hotel Seri Malaysia
07 - 2211002
20 KM
Mutiara Hotel
07 - 3323808
22 KM
Hotel Rasa Sayang
07 - 2248600
22 KM
Hotel Kelana
07 - 5562050
4 KM
Hotel GoodHope
07 - 5572828
6 KM
Hotel Puteri Pan Pacific
07 - 2233333
22 KM
Thistle Hotel
07 - 2221234
22 KM
Hotel Selesa Pasir Gudang
07 - 2518899
48 KM
Pulai Spring Resort
07 - 5212121
4 KM
Hotel Sofitel
07 - 5996000
12 KM
M Suites Hotel
07 - 2211000
12 KM
Rose Cottage
Risa Homestay
07 - 5211366
016-7730669
2 KM
6 KM



'via Blog this'

Komuniti Blogger JB
www.johor.blogspot.com

Wednesday, April 10, 2013

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) - PRU13 - 5 May 2013 - Undilah Mereka Yang Layak

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan bahawa tarikh penamaan calon bagi PRU13 ialah pada 20 April 2013. Manakala tarikh mengundi adalah dua minggu dari tarikh penamaan calon. Ini bermakna seluruh rakyat Malaysia akan keluar mengundi pada 5 May 2013.










Allah SWT telah memerintahkan kita memberikan amanah kepada yang layak. Firman Allah: (maksudnya) Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.” (Surah an-Nisa’ ayat 58).

Di sini saya ingin menyebut beberapa langkah atau panduan penting bagi seseorang pengundi muslim juga mungkin boleh dimanfaatkan oleh non-muslim dalam konteks negara kita ini;

1. Seseorang muslim hendaklah mengundi dengan ilmu pengetahuan, bukan sekadar ikut-ikutan. Ertinya, keputusannya untuk memilih seseorang calon adalah dengan pengetahuan tentang latar belakang calon berkenaan.

Ini kerana Allah S.W.T telah memerintahkan kita agar bertindak atas ilmu, bukan kejahilan. Firman Allah: (maksudnya): “Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta jantung akal kamu, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya”. (Surah al-Isra: 36). 

Maka, setiap individu yang hendak pergi mengundi wajib mempunyai maklumat tentang calon yang hendak dipilih. Jika pengundi itu sudah tua atau tidak mampu mencari maklumat sendiri, dia hendaklah bertanya kepada pihak yang dia yakini dapat memberikan maklumat yang benar.






















2. Seseorang pengundi muslim hendaklah mendengar dari pelbagai sumber dan memilih yang terbaik. Ini kerana pilihanraya menawarkan lebih dari seorang calon, maka kita perlu membuat pemilihan antara mereka. 

Dalam negara kita, kadang-kala ruang mendengar dari kesemua pihak secara adil sukar diperolehi, terutama bagi kawasan pendalaman. Namun, jika kita berusaha, kita mungkin boleh mendapat maklumat dari kesemua pihak tentang apa yang hendak dan mampu calon berkenaan lakukan. 

Allah mengingatkan kita tentang ciri-ciri insan berfikiran matang yang Allah redha, mereka itu dinamakan dengan Ulul Albab. Antara ciri mereka, seperti yang Allah firmankan: (maksudnya) “..oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu . (Iaitu) mereka yang berusaha mendengar perkataan (yang sampaikan) lalu mereka menurut yang terbaik; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah Ulul Albab” (al-Zumar: 17-18). 

Maka, usaha mendapatkan maklumat yang adil sehingga dapat membuat pilihan yang terbaik adalah penyebab kepada seseorang insan mendapat petunjuk daripada Allah dan mendapat ganjaran pahala.

3. Seseorang muslim hendaklah memilih calon yang paling layak di sudut al-quwwah (kemampuan) dan al-amanah (amanah/ketelusan). Jika seseorang calon memiliki kemampuan diri sebagai pemimpin dan nilai amanah yang menjadikan dia akan bersikap telus dengan jawatan yang dipilih, maka calon itu layak dipilih. Jika yang bersaing dengannya itu tiada nilai kemampuan dan amanah, wajib untuk undi diberikan kepada calon yang mempunyai ciri-ciri yang layak. 

Firman Allah: 

“Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah” (Surah al-Qasas:26).

4. Jika kesemua calon mempunyai ciri-ciri kelayakan, maka kita hendaklah memilih calon yang paling berkesan untuk jawatan tersebut. Ini boleh dilihat kepada pelbagai faktor, seperti program dan manifesto partinya, kekuatan akar umbinya, ciri-ciri keistimewaan yang lain; seperti pengalaman, latar pendidikan, dan sebagainya. Inilah sikap Ulul Albab yang diajar oleh al-Quran, sentiasa memilih yang terbaik. 

Maka, setelah mengenali calon, mengenali hasrat sesebuah itu juga penting. Ini kerana, seseorang calon biasanya terikat dengan halatuju partinya.

5. Jika kesemua calon didapati tidak mempunyai ciri-ciri yang layak untuk memegang kerusi tersebut, maka seorang muslim hendaklah memilih calon yang paling kurang mudarat atau bahayanya terhadap rakyat dan umat dibandingkan yang lain. Ini berasaskan kaedah syarak “Mudarat yang lebih besar dihilangkan dengan mudarat yang lebih ringan”, atau “Memilih bahaya yang paling ringan”. 

Kaedah ini dipakai apabila kita berhadapan dengan pilihan yang kesemua buruk, maka kita memilih apa yang mudarat atau bahayanya itu paling minima. Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya) “Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati (bulan haram); katakanlah: “Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke al-Masjid Al-Haraam, serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah, dan (ingatlah), angkara fitnah (kerosakan) itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati)…” (Surah al-Baqarah: 217). 

Ayat ini jelas memberitahu bahawa dosa-dosa itu walaupun besar, namun nilainya tidak sama. Ertinya, apabila bertembung kita memilih atau menentukan yang paling kurang bahaya atau mudaratnya supaya tindakan kita dapat meminimakan bahaya.

6. Menilai rekod, matlamat, manifesto dan juga apa yang tersurat dan tersirat di sebalik parti yang disertai oleh seseorang calon juga adalah penting. Ini kerana, biasanya –walaupun tidak semua- penyertaan individu ke dalam sesebuah pertubuhan mempunyai kaitan dengan kepercayaan dan nilai diri individu tersebut. 

Justeru, jika kita gagal mengetahui tentang latar calon, kita boleh menilai parti yang disertainya. Jika rekod parti itu buruk, maka kita hendaklah berpegang kepada ingatan Nabi s.a.w: “Orang mukmin tidak akan disengat dari satu lubang sebanyak dua kali” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

7. Jika semua calon gagal diketahui latarbelakang mereka, dan tiada pula rekod yang buruk bagi parti mereka, hendaklah dibuat diteliti matlamat dan manifesto yang ditawarkan. Hendaklah dibandingkan mana yang lebih telus dan bermanfaat untuk rakyat dan negara. Inilah konsep Ulul Albab.

8. Jika bertembung antara calon yang baik dan partinya yang buruk, sementara calon yang buruk partinya baik, maka pada asasnya kita mendahului peribadi calon. Ini kerana Allah dan rasulNya memerintahkan kita memberikan amanah kepada sesiapa yang layak sehingga Nabi s.a.w sendiri memberikan kunci Ka’abah kepada Bani Syaibah. KECUALI jika kita dapati pengaruh buruk parti itu lebih menguasai jawatan tersebut dibanding kebaikan yang ada pada peribadi calon, maka ketika itu calon yang kelihatan baik itu tidak diundi kerana dilihat tidak berkemampuan. Ini balik kepada ciri-ciri al-Quwwah dan al-Amanah yang disebutkan sebelum ini.

Sumber ; Dr. Maza . Com


Komuniti Blogger JB
www.johor.blogspot.com

Saturday, March 30, 2013

MAP TRAINING dan Jom Heboh DI JOHOR BAHRU

MAP Training sedang berlangsung di bangunan MPC di Johor Bahru. Ia diadakan selama 2 hari dan serentak dengan Jom Heboh di Plaza Angsana Bandar Baru Uda Johor Bahru. Tidak ketinggalan juga dengan promosi Jackel yang merasmikan bangunan barunya.

Friday, March 15, 2013

Adakah benar? Lahad Datu Digemparkan Dengan Kehadiran Kapal Perang USS Guardian Milik Amerika Di Perairan Sulu!!!





Operasi Sulit Serang Sabah Terbongkar..?

“Kemampuan memiliki senjata untuk penembak tepat adalah antara yang paling memeranjatkan. Ini kerana rifle penembak tepat yang paling murah pun dikatakan berharga RM60,000 satu unit."

“Malah ada yang mencecah harga RM200,000 ke RM300,000 dan sehingga lebih RM1 juta (jarak tembakan melebihi 5 kilometer),” lapor laman itu lagi.

Satu lagi insiden yang perlu diberi perhatian adalah kehadiran kapal USS Guardian di Laut Sulu. Agak memeranjatkan apabila kapal USS Guardian dikatakan terkandas di kawasan terumbu karang Tubbuhata.

Menjadi tanda tanya kenapa kejadian tersebut terjadi pada 17 Januari iaitu 24 hari sebelum pendaratan penceroboh ke atas Sabah pada 11 Februari 2013.

Yang pasti kapal perang tersebut sengaja belayar keluar dari laluan asalnya dan agak pelik kenapa kapal secanggih itu boleh tersasar dan gagal mengenal pasti kawasan terumbu karang di kawasan Tubbataha Reef.

Pihak Tubbataha Reef Marine Ranger telah beberapa kali memberi amaran kepada komander USS Guardian supaya jangan menghampiri kawasan terumbu karang tersebut. Tetapi bagaikan dirancang USS Guardian tetap meneruskan perjalanannya dan enggan berhenti.

Timbalan Pengerusi WWF-Filipina, Jose Ma.Lorenzo Tan berasa hairan dan tidak percaya kenapa USS Guardian dengan sengaja menghampiri kawasan terumbu karang tersebut.

Berdasarkan risikan Filipina, kapal perang tersebut telah melakukan satu operasi rahsia dan kehadiran mereka langsung tidak dimaklumkan kepada pihak berkuasa Filipina

“The question is: Who did they inform? The governor of Palawan (Abraham Mitra) did not know. The Tubbataha Protected Area Management Board did not know. The Western Command (of the Armed Forces of the Philippines) did not know,”

USS Guardian mendakwa kapal mereka tersangkut di kawasan terumbu tersebut, ketika ituapabila pengawal marin Filipina cuba menghampiri kapal tersebut mereka diberi amaran dan USS Guardian bersedia untuk menembak pihak marin Filipina.

“There were eight rangers on speed boats. And they could not even approach. The ship was on general quarters (alarm),”

Menjadi tanda tanya kapal perang tersebut telah dimusnahkan dan segala peralatannya diangkut secara tergesa-gesa. Dalam sejarah Amerika inilah kali pertama kapal perang mereka dimusnahkan dalam keadaan aman bukan di medan perang.

Berdasarkan maklumat risikan dari Filipina, terdapat banyak kegiatan dilakukan dengan alasan mengadakan operasi menyelamat dan memunggah barang-barang.

Tetapi aktiviti mereka dibuat secara rahsia. Yang menghairankan pihak keselamatan Filipinakenapa anak kapal USS Guardian tidak dihantar ke Filipina kerana lokasinya paling hampirsebaliknya anak-anak kapal USS Guardian terus dihantar ke Jepun.

Selepas kejadian memindahkan anak kapal selesai, Sultan Bantilan Muhammad Muizzudin II pemimpin dari gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam (SSDI) yang menentang serangan ke atas Sabah mendedahkan ada pihak yang lebih besar di belakang Jamalul Kiram III.

Menurutnya terdapat kehadiran sekumpulan lelaki berkulit putih di dalam kumpulan bersenjata Kiram sebelum mereka menyusup masuk ke Sabah.


Komuniti Blogger JB
www.johor.blogspot.com

Thursday, February 21, 2013

UTM Berselawat | Gema Cinta Rasul Dari Selatan

UTM Berselawat | Gema Cinta Rasul Dari Selatan: "Selawat dan salam ke atas rasul junjungan
Nabi Muhammad S.A.W


Perasmian dan forum bersama selebriti. Bermula 8.30 pagi


Talaqqi perdana. 1 - 6 petang



Tausiyyah perdana. Bermula 9 malam



Selawat dan salam ke atas rasul junjungan
Nabi Muhammad S.A.W

Perasmian dan forum bersama selebriti. Bermula 8.30 pagi

Talaqqi perdana. 1 - 6 petang


Tausiyyah perdana. Bermula 9 malam

Jom sama2 kita mengimarahkan majlis ilmu ini bersama para selebriti dan ulama tersohor di Dewan Sultan Iskandar, UTM, Skudai pada 24 februari 2013 (Ahad) bermula 8.30 pagi sehingga 11 malam, insyaAllah. Bagi yang berkelapangan dan yang berdekatan, jom sama2 hadir. 



Sumber gambar: Facebook page UTM berselawat"

'via Blog this'

Johor Today

Monday, February 11, 2013

Goodhope Hotel and Your Review

Goodhope hotel located at Skudai Old Town. How old is Goodhope Hotel? How many starred? Any review?

Thank you for your review!

Monday, January 28, 2013

Gejala Tidak Sihat di Kedai Jalan Kemuliaan Taman Universiti

Mengapa ada motosikal yang terbarai di depan Cyber Cafe ni. Mungkinkah kepunyaan orang yang kehilangan motor? Ramai juga anak muda yang menghabiskan masa di CC.. Hijrahlah ke arah hidup yang lebih sihat..

Monday, January 21, 2013

Ramai yang cari rumah sewa di kawasan Skudai Nusajaya tahun 2013 / 2014

Selamat Tahun Baru 2014. Semoga terus berusaha untuk mencapai kejayaan. Ramai yang menyebut lokasi yang hot di wilayah Nusajaya Johor. Ramai yang ingin membeli rumah baru, cari rumah sewa dan juga rumah sewa harian serta mingguan HOMESTAY. Semoga berjaya dalam pencarian ini.
Salam Mauludur Rasul.. Banyakkan selawat ya..
Wassalam



















https://www.facebook.com/pages/Nusajaya-Rental-Homes/367683813371219

JB Search

Custom Search

JB World

JOHOR KINI

JOHOR KINI
Johor Kini

Johor Bahru Map

Marilah Blog!

Dunia Kini

free counters