Followers

Pilihan Anda!

Sunday, October 02, 2011

Kedai Komputer I Nuris

Kedai Komputer I Nuris:

Kedai Komputer I Nuris

'via Blog this'

Let's Join Nuriscom! and GadgetMalaysia! The Latest Gadget In Tha IT World! 1Malaysia.. 1Johor.. 1Skudai.. http://www.ebays.my

Wednesday, September 28, 2011

BLOODY HANDS - Please read & pass on



For your information. ( Very Urgent ) If you see a guy (especially Indian) who rides a motorbike with abloody hand knocking on your window demanding you to stop and askingfor tissue paper to clean the blood when you are driving a car,remember DO NOT stop the car at all. Even if he damages your car orholds the side mirrors tightly, DO NOT stop the car but drive directlyto the nearest police station. This kind of criminal tactics have beenreported in about 40 cases in Seremba n, K. Lumpur, Shah Alam, P.Jayaand Klang Town police stations (actually around the whole country). These guys are mainly Indian gangsters, They work in a group and dare tocommit this crime even in crowded areas where nobody will dare to stopthe car to help you. The main purpose of this dirty tactic is to robyou and/ or even commit rape if you are female driver driving alone.Please forward this message to the people you care about. Dr Jeyashree SrinivasanIsland HospitalTel: +6012-4308125 +6012-4308125 +6012-4308125 +6012-4308125
Share · September 7, 2010

Komuniti Blogger JB www.johor.blogspot.com

Friday, August 26, 2011

Lihat anak bulan Syawal 29 Ogos 2011



Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini mengumumkan sebanyak 30 tempat ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal pada 29 Ogos ini bagi menentukan tarikh Aidilfitri tahun ini.
Majlis Raja-Raja juga mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidilfitri adalah berdasarkan rukyah dan hisab dan pengisytiharan tarikh akan diumumkan pada malam Isnin itu menerusi radio dan televisyen.Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja di sini, kawasan yang ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal ialah di Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu Tanjung Bidara, Melaka; Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Pulau Angsa dan Bukit Jugra dan Balai Cerap Selangor di Selangor; Pantai Pasir Panjang, Manjong; Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang; dan Kampung Pulau Sayak, Pemandangan Indah Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah.Di Terengganu ialah di Bukit Besar Kuala Terengganu, Bukit Kemuning, Kemaman, Pulau Perhentian dan Balai Cerap KUSZA, Setiu; Bukit Peraksi Pasir Putih, Bukit Kampung Tembeling Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC Kota Baharu di Kelantan; dan Bukit Tanjong Batu Nenasi, Gunung Berinchang Cameron Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan di Pahang.
Tempat melihat anak bulan Syawal di Perlis ialah di Kuala Sungai Baru; Menara Kuala Lumpur di ibu negara; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Putrajaya; Tanjong Lubang, Miri, Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu di Sarawak; Balai cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil dan Menara Universiti Malaysia Sabah di Sabah. – BERNAMA


Komuniti Blogger JB www.johor.blogspot.com

Sultan Johor kurnia RM200,000 untuk kebersihan Johor Bahru


SULTAN Ibrahim menyerahkan replika cek sumbangan terhadap usaha menceriakan bandar raya Johor Bahru kepada Shahrir Samad di Masjid At-Taqwa di Johor Bahru, kelmarin.


JOHOR BAHRU 24 Ogos - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan peruntukan berjumlah RM200,000 kepada Parlimen Johor Bahru dalam usaha untuk mengekalkan kebersihan dan keceriaan di kawasan sekitar ibu negeri di sini semalam.

Baginda sendiri menyampaikan peruntukan tersebut kepada Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Seri Shahrir Samad pada Majlis Berbuka Puasa dan Pengurniaan Sumbangan yang diadakan di Masjid At-Taqwa, Taman Pelangi di sini.

Majlis dihadiri Mufti Johor, Datuk Tahrir Samsuddin; Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut; Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Negeri Johor, Datuk Zainal Abidin Osman; Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kerja Raya dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Ahmad Zahri Jamil

Turut hadir, Datuk Bandar Johor Bahru, Burhan Amin; Pegawai Daerah Johor Bahru, Mislan Karmani dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stulang, Mok Chek Hau.

Shahrir pada bulan lalu mendapat perkenan daripada Sultan Ibrahim untuk menggunakan tema program Kembara Mahkota Johor (KMJ) sebelum ini, 'Penjagaan Alam Sekitar Tanggungjawab Kita' untuk program gotong-royong berterusan sehingga KMJ tahun depan berlangsung.

Peruntukan yang dikurniakan oleh Sultan Ibrahim akan diagih-agihkan kepada Jawatankuasa Penduduk (JKP) di sekitar ibu negeri dengan masing-masing menerima RM5,000 dalam usaha menggalakkan kerja pembersihan sendiri tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada pihak berkuasa tempatan.

"Sumbangan yang diberikan Tuanku datang daripada Tabung Kembara Mahkota, yang mana baginda berkenan menyumbangkannya kepada Parlimen Johor Bahru dalam usaha memastikan Johor Bahru dalam keadaan bersih.
"Pelaksanaan akan dibuat di peringkat akar umbi yang mana penduduk melalui JKP di kawasan masing-masing akan bertanggungjawab terhadap kebersihan taman atau kawasan lapang di taman perumahan masing-masing," katanya ketika dihubungi.

Menurut Shahrir, usaha gotong-royong secara bersama dengan Majlis Bandaraya Johor Bahru juga akan diusahakan dalam memastikan tema yang diambil dari KMJ itu dapati direalisasikan.


Komuniti Blogger JB www.johor.blogspot.com

Saturday, June 25, 2011

Chegu Zubir: Sepah Tewaskan Jozan Juarai Maharaja Lawak

Chegu Zubir: Sepah Tewaskan Jozan Juarai Maharaja Lawak: "Walaupun tidak diletakkan sebagai peserta pilihan pada awalnya, kumpulan Sepah akhirnya berjaya memikat hati pengundi dan juri hingga membo..."

JohorToday

Wednesday, June 08, 2011

My Little Sweet Oven: Fruit Tartlet for Azlan

My Little Sweet Oven: Fruit Tartlet for Azlan:
"Fruit Tarlet yang di order dari saudara.. eceh eceh.. skema plak ayat... kawan aku Azlan, dia order 30pcs utk normal size, besar punyalah k..."

Tuesday, May 24, 2011

RISA CUPCAKES AND BAKERY - Risa Recipe: I LIKE TO EAT.. FROM FACEBOOK - RISACAKES RECIPE V...

RISA CUPCAKES AND BAKERY - Risa Recipe: I LIKE TO EAT.. FROM FACEBOOK - RISACAKES RECIPE V...:

"Risa Cup Cakes and Bakery Skudai Johor Bahru http://www.iklan.hubhalal.com www.cupcakes.hubhalal.com"

Risa Cup Cakes and BakerySkudai Johor Bahruhttp://www.iklan.hubhalal.comwww.cupcakes.hubhalal.com

Selatan Online - Awas !! Secret Recipe Ada DNA Babi..

Selatan Online - Awas !! Secret Recipe Ada DNA Babi..:

"Berikut kenyataan yang dikeluarkan Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011: Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011 yang diadakan pada 12 Mei 2011 telah memutuskan permohonan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 ) adalah tidak berjaya berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan ( Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder ) yang digunakan syarikat tersebut.

Dua ramuan terbabit ialah ‘Whole Egg Powder’ dan ‘Whole Milk Powder.’ Syarikat tersebut adalah: Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 ) link: Penemuan DNA Babi Dalam Bahan Ramuan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd.Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya melayari laman web www.halal.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarikat yang memiliki SPHM."

Friday, May 20, 2011

KELUARGA SAKINAH

KELUARGA SAKINAH

Komuniti Blogger JBwww.johor.blogspot.com

Paracetamol tepung gandum | Berita Harian Online

Paracetamol tepung gandum | Berita Harian Online:

"IPOH: Pengguna dinasihatkan berhati-hati berikutan muncul sindiket penipuan menggunakan tepung gandum dan serbuk pewarna untuk menghasilkan pil paracetamol palsu yang diedarkan meluas di pasaran.
Pil ubat demam dan sakit kepala tiruan berkenaan dibimbangi mendatangkan mudarat kerana dicampur dengan kimia atau bahan pewarna yang masih belum dikenal pasti kandungannya.
Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguat kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Mazlan Ismail berkata, penemuan pil paracetamol palsu itu dikesan selepas pihaknya melakukan serbuan dan pemeriksaan mengejut di seluruh negara sejak awal bulan lalu.
Menurutnya, pihak sindiket cuba memperdaya orang ramai dengan meniru sepenuhnya bentuk termasuk pembungkusan dan kotak produk pil paracetamol berkenaan.
Sekali pandang, pengguna memang sukar membezakan antara produk tulen dan tiruan namun pihak KKM mempunyai kaedah khas untuk mengenal pasti ubat-ubatan tiruan ini.
Memudahkan tugas apabila semua produk ubat-ubatan diwajibkan melekatkan pelekat keselamatan hologram Meditag KKM sebagai bukti ia diluluskan penjualan oleh KKM, katanya.
Sumber : Harian Metro"

ISU DNA BABI PADA PRODUK MAKANAN DAN MINUMAN


Sebentar tadi, kami menerima update terkini mengenai status DNA babi untuk kes Kluang Rail Coffee yang pernah dipaparkan di muka depan Harian Metro pada 25 Mac 2011. Ekoran daripada berita tersebut, pihak Kluang Rail Coffee memahami tahap sensitiviti umat Islam & mereka mengambil inisiatif untuk menghantarkan sampel mentega untuk tindakan selanjutnya. Ikuti kisah penuh isu DNA babi selepas ini.
Pada 19 Januari lalu, sampel diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi menganalisa kandungan kopi yang digunakan di premis kopitiam yang terletak di bandar Kluang itu.
Hanya 14 Mac iaitu dua bulan selepas sampel diambil, tersebar di internet salinan analisa Jabatan Kimia yang menyebut terdapat kandungan DNA babi dalam kopi yang dijual. Berikut adalah laporan Jabatan Kimia yang mudah diperolehi di internet.
15 hari kemudian, Harian Metro memaparkan mengenainya di muka depan akhbar tabloid itu.
Dalam pada itu, sebagaimana etika kewartawanan yang menitiberatkan keseimbangan pada laporan (impartial reporting), blogger / wartawan Hazrey turut menghubungi pemilik Kluang Rail Coffee dan dinyatakan di blog beliau di sini. (link: Pemilik Kluang Rail Coffee Menjawab)
Ia antara lain memetik kenyataan pemilik Kluang Rail Coffee yang sedikit kecewa kerana gagal memperolehi kenyataan rasmi dari pihak berkuasa tentang apa yang disebarkan di internet.
“Ketika berada di Jabatan Agama Islam Johor bagi mendapatkan kepastian dua hari lalu, pemilik kopitiam itu bagaimanapun gagal memperolehi keputusan analisa yang dikatakan sudah dihantar Jabatan Kimia kepada jabatan itu.”
Pagi ini, tiga pengarah syarikat Rail Passion Sdn Bhd, pemilik Kluang Rail Coffee dihadapkan ke mahkamah majistret Kluang dan kes dikemukakan Jabatan Kesihatan.
Mereka didakwa dengan dua pertuduhan iaitu kerana tidak meletakkan label bahawa terdapat kandungan DNA babi pada serbuk kopi 500gram dan Kopi Uncang 20 paket.
Ketiga tiga mereka, Lim Jit Chen, Lim Jit Chiang dan Lim Jit Tong hadir di mahkamah bagi menjawab pertuduhan yang dikenakan. Ketiga tiga mereka mengaku tidak bersalah.
Berikut adalah kenyataan bersama yang dikeluarkan kepada pihak media dan turut diperolehi OHBULAN!:
“Kami, Lim Jit Chen, Lim Jit Tong dan Lim Jit Chiang sebagai Pengarah Kluang Rail hari ini didakwa secara bersama di Mahkamah Majistret Kluang kerana gagal melabelkan serbuk kopi kami. Jabatan Kesihatan Johor mendakwa kopi keluaran kami mengandungi DNA babi.
Seperti yang diketahui, kehadiran kami adalah sebagai rakyat yang sentiasa patuh kepada undang-undang, bagi memastikan kami mendapat peluang untuk memperjelaskan kedudukan kami melalui proses undang-undang.
Kami yakin dan percaya melalui proses undang-undang kita, kami mempunyai kes yang kukuh untuk mempertahankan kredibiliti kami, apatah lagi, kami turut melakukan ujian makmal terhadap serbuk kopi kami di makmal yang diakreditasikan oleh Kementerian Kesihatan dan Jakim.
Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan kepada semua rakyat Malaysia terutama semua pelanggan Kluang Rail Coffee, perniagaan kami berteraskan kejujuran dan sentiasa menyediakan yang terbaik kepada mereka. Kami sentiasa akur dan sedar akan tanggungjawab kami terhadap pelanggan beragama Islam dan kami ingin nyatakan, pada setiap masa, kami sentiasa menggunakan ramuan / bahan yang sudah diberikan status halal oleh pihak berkuasa Negara ini.
Kami TIDAK AKAN sama sekali menyalahgunakan keyakinan serta kepercayaan yang diberikan kepada kami selama 73 tahun. Kami akan memberikan ulasan lebih terperinci pada satu Sidang Akhbar yang akan diadakan pada Isnin, 23hb Mei 2011.”
Ini bukan kali pertama pemilik Kluang Rail Coffee menunjukkan usaha memperjelaskan kepada masyarakat terhadap kejujuran dan kesungguhan mereka.
Yelah, bak kata orang, berani kerana benar dan setelah berniaga selama 73 tahun, tentu sekali mereka mengutamakan sumber yang digunakan adalah halal dan diiktiraf pihak berwajib negara ini.
Sebelum ini, ketika isu mula timbul di internet, blog Hazrey, turut menyebut:
“It is unfair for us. Kami sudah dihukum (melalui penyebaran di laman sosial) biarpun kami tidak mengetahui sebarang maklumat keputusan analisa itu untuk kami melakukan satu tindakan segera. Kami tidak boleh bertindak berpandukan apa yang diperkatakan di laman sosial semata mata tetapi ia sudah menghukum kami.
“Kami sentiasa prihatin terhadap apa jua kandungan yang digunakan dalam penyediaan makanan serta minuman untuk pelanggan memandangkan majoriti yang mengunjungi kafe kami beragama Islam.
“Kami bukan ahli kimia dan ia berkemungkinan dari bekalan yang kami terima dari pihak ketiga namun apapun, kami perlu melihat keputusan analisa itu untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Pun begitu, atas nasihat Jabatan Agama Islam Johor, mereka melakukan samak pada 31 Mac lalu ke atas semua empat premis milik syarikat itu.
Difahamkan, selama ini pemilik Kluang Rail Coffee menggunakan bahan yang sudah diiktiraf pihak berkuasa negara ini.
Bagi memperolehi sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), badan Islam di negara asing perlu melalui proses kompeten ketat yang sudah ditetapkan jabatan itu.
Prosedur ketat itu boleh dibaca di sini. (link: Prosedure Halal)
Apapun, NZ Islamic Processed Food Management Division sudahpun diperakui Jakim berdasarkan senarai yang diperolehi di sini. (link: Senarai syarikat halal April 2011)
Bagaimanapun, baru-baru ini timbul pula cerita baru berkaitan dengan isu ini dan tersebar luas di pelbagai blog dan laman sosial.
Satu Memo Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam yang dicop dengan tarikh 19 April 2011 dipaparkan di beberapa blog. (Attach: memo golden churn Jaij)
Menggunakan tajuk Butter Daripada New Zealand Dikesan Terdapat DNA Babi, ia menyebut satu jenama terkenal yang mendapat pengiktirafan halal daripada New Zealand dikesan mengandungi DNA babi.
Memo itu bagaimanapun tidak menyebut bahawa apabila pengiktirafan diperolehi oleh badan Islam itu, ia turut menerima pengiktirafan halal oleh Jakim.
Dan terdapat kekhilafan pada memo ini apabila ia bertarikh 18 Mei 2011 namun cop tercatat “Diterima” bertarikh 19 Apr 2011.
Sebagaimana laporan Jabatan Kimia dan memo Jaij yang tersebar luas pada Mac lalu, memo ini juga menimbulkan persoalan, bagaimana ia boleh tersebar luas sedangkan pihak Kluang Rail Coffee tidak mendapat laporan secara rasmi sehingga mereka didakwa di mahkamah hari ini?
Dan sehingga kini, masih tiada lagi sebarang reaksi dari pihak Jakim sejak isu ini diperkatakan pada Mac lalu, yang kini sudah memasuki dua bulan.
Dan ramai yang tertanya, mungkinkah pengeluar ‘butter’ ini akan turut diheret ke mahkamah bersandarkan kepada maklumat dari memo Jabatan Agama Islam Johor yang tersebar luas itu?
Sambil itu, difahamkan, pemilik Kluang Rail Coffee sudahpun menghantar sampel yang sama diambil pihak berkuasa ke makmal bebas bertauliah di Kuala Lumpur yang turut diakreditasikan Kementerian Kesihatan di Kuala Lumpur.
Dan dikhabarkan keputusan analisa itu sangat baik dan dijangka dapat menghilangkan pelbagai keraguan dan kerisauan masyarakat. Nantikan update penuh pada 23 Mei 2011.


Komuniti Blogger JB www.johor.blogspot.com

Tuesday, April 26, 2011

Johor Kini: From about an item at NEW FREE LELONG EBAYS

Johor Kini: From about an item at NEW FREE LELONG EBAYS: "Score A Programme! Score A Programme - SPM, PMR and UPSR at http://lelong.ebays.my/?act=list&item=1104659894"

Let's Join Nuriscom! The Latest Gadget In Tha IT World! 1Malaysia.. 1Johor.. 1Skudai.. http://www.ebays.my

Monday, April 25, 2011

Iskandar Malaysia raih RM3.76b

skandar Malaysia raih RM3.76b

2011/04/23

ISKANDAR Malaysia menerima pelaburan berjumlah RM3.76 bilion dalam tiga bulan pertama tahun ini, sekali gus menjadikan pelaburan keseluruhan yang diraih wilayah pembangunan ekonomi selatan itu sejak 2006 meningkat kepada RM73.24 bilion. 


Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Ismail Ibrahim, berkata ia sebagai tambahan kepada jumlah pelaburan yang dicatat setakat akhir tahun lalu iaitu RM69.48 bilion.


"Situasi itu mencerminkan keyakinan pelabur terhadap Iskandar Malaysia semakin meningkat," katanya selepas merasmikan Hari Terbuka Iskandar Malaysia Kelima 2011 di Pusat Beli-belah City Square di Johor Bahru, semalam.
Ismail berkata, berdasarkan rekod, pada suku pertama tahun ini, semakin banyak peserta industri tempatan mula menunjukkan minat untuk melabur dalam projek mega di wilayah ekonomi selatan itu.

Komuniti Blogger JB www.johor.blogspot.com
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/IskandarMalaysiaraihRM3_76b/Article/index_html

Cake is Prepared for Prince William and Kate Middleton's Wedding - Pictures - Zimbio

Cake is Prepared for Prince William and Kate Middleton's Wedding - Pictures - Zimbio

Let's Join Nuriscom! The Latest Gadget In Tha IT World! 1Malaysia.. 1Johor.. 1Skudai.. http://www.ebays.my

Sunday, April 24, 2011

Kedai Komputer I Nuris

Kedai Komputer I Nuris

Let's Join Nuriscom! The Latest Gadget In Tha IT World! 1Malaysia.. 1Johor.. 1Skudai.. http://www.ebays.my

Saturday, April 16, 2011

Johor Kini: Menang 48 kerusi, BN peroleh majoriti 2/3 di Saraw...

Johor Kini: Menang 48 kerusi, BN peroleh majoriti 2/3 di Saraw...: "Menang 48 kerusi, BN peroleh majoriti 2/3 di Sarawak 16/04/2011 10:13pmKUALA LUMPUR 16 April – Barisan Nasional (BN) berjaya memperoleh ma..."

JohorToday

Tuesday, April 12, 2011

HubHalal.com: Takrifan Halal

HubHalal.com: Takrifan Halal: "Takrifan Halal Takrifan Bagi tujuan prosedur ini, takrifan berikut adalah digunapakai: Pihak Berkuasa Yang Diiktiraf &nbsp..."

Monday, April 04, 2011

Portal Pendidikan Online - Skor A

Portal Pendidikan Online - Skor A

Benarkanlah anak-anak anak belajar melalui kaedah latih tubi secara online! Ia mungkin akan menarik minat anak-anak anda untuk mengulangkaji semua mata pelajaran yang telah diajarkan di sekolah rendah atau menengah.

- Guru Skor A

Sunday, April 03, 2011

Johor Kini: KEPUTUSAN ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2...

Johor Kini: KEPUTUSAN ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2...: "Senarai penuh Top 5 untuk kategori-kategori Anugerah Bintang Popular Berita Harian Pengacara TV Lelaki Popular 1. Ally Iskandar 2...."

JohorToday

Sunday, March 27, 2011

JB Search

Custom Search

JB World

JOHOR KINI

JOHOR KINI
Johor Kini

Johor Bahru Map

Marilah Blog!

Dunia Kini

free counters